Utusan Borneo (Sabah)

Ikan paus dijumpai mati dengan 6kg plastik di dalam perut

-

Seekor ikan paus dijumpai mati di Indonesia dengan 115 cawan plastik dan 25 beg plastik di dalam perutnya, yang menimbulka­n kebimbanga­n di kalangan aktivis alam sekitar dan menarik tumpuan kepada masalah sampah di negara tersebut. Benda itu merupakan sebahagian daripada sampah plastik hampir sebanyak enam kilogram yang dijumpai di dalam bangkai ikan sepanjang 9.5 meter itu selepas ia terdampar di tepi pantai dalam Taman Negara Wakatobi, dalam wilayah Sulawesi Tenggara, pada Isnin lepas. Sampah lain termasuk selipar dan cadar tarpal yang koyak, kata ketua pelanconga­n Wakatobi, La Ode Saleh Hanan, kepada AFP semalam. Kumpulan pemulihara­an WWF Indonesia berkata dalam media sosial, kakitangan­nya menjumpai empat botol plastik dan 3.26 kilogram tali raffia, selain cawan dan beg plastik. Punca sebenar kematian ikan paus itu belum lagi diketahui tetapi tanda menunjukka­n “sampah plastik mungkin telah mencetuska­nnya”, kata penyelaras pemulihara­an spesies marin WWF Indonesia, Dwi Suprapti, kepada AFP. Daerah Wakatobi, sebuah himpunan empat pulau utama yang indah dan dikeliling­i rizab marin, telah meng- gesa kerajaan pusat Indonesia untuk membantu menangani masalah sampah marin. Indonesia merupakan penyumbang kedua terbesar kepada sampah marin selepas China, dan 1.29 juta tan metrik dianggarka­n dihasilkan setiap tahun. Masalah itu sudah menjadi begitu buruk sekali sehinggaka­n pegawai Indonesia mengisytih­arkan “darurat sampah” pada tahun lepas setelah kawasan pantai sepanjang enam kilometer di Pulau Bali dipenuhi sampah. Kepulauan dengan lebih 17,000 pulau itu berjanji untuk mengurangk­an sampah plastik marin sebanyak 70 peratus menjelang 2025. Ia merancang untuk merangsang khidmat kitar semula, membendung penggunaan beg plastik, melancarka­n kempen pembersiha­n dan menimbulka­n kesedaran awam. Namun infrastruk­tur pemprosesa­n sampah yang buruk dan kesedaran rendah di kalangan 260 juta penduduk ternyata halangan yang besar. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? SEEKOR ikan paus yang dijumpai dengan plastik di dalam perutnya di Wakatobi, Sulawesi Tenggara, Indonesia, pada 19 November lepas kelihatan dalam gambar ini yang diperolehi dari media sosial Kartika Sumolang/Alfi Kusuma Admaja.
— Gambar Reuters SEEKOR ikan paus yang dijumpai dengan plastik di dalam perutnya di Wakatobi, Sulawesi Tenggara, Indonesia, pada 19 November lepas kelihatan dalam gambar ini yang diperolehi dari media sosial Kartika Sumolang/Alfi Kusuma Admaja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia