Utusan Borneo (Sabah)

Cahaya Bumil lancar dua produk terbaharu

-

LAHAD DATU: Syarikat Cahaya Bumil telah melancarka­n dua produk terbaharu, Jus Bumil dan Jus Perkasa bagi melengkapk­an sembilan produk miliknya untuk pasaran tempatan dan luar negara. Tujuh produk lain syarikat itu ialah Cleansing Face Wash, Snow White Cream dan Snow White Lotion, Sabun V Dara, Spray V Dara, Lulur Hitam dan Sachet Jus Bumil. Menurut pemilik dan pengasas produk, Astinah Arsad, 33, dua produk baharu berupa jus makanan tambahan itu dihasilkan menggunaka­n 100 peratus herba semulajadi. Katanya, ia mampu memberi manfaat kepada penggunany­a kerana telah digunakan sejak turun-temurun dalam penjagaan dan rawatan tradisiona­l. “Kesemua bah anyang digunakan telah melalui fasa rasmi daripada Kementeria­n Kesihatan Malaysia, Mardi dan jabatan terlibat bagi memastikan produk ini diperakui serta terjamin,” katanya. Kesemua produk itu boleh didapatkan di 12 ejen sah Bumi l iaitu Emma di Kunak (0102347179), Azizah di Ranau (0165774165), Merza di Semporna (0198611772), Yeni Manisah di Kota Kinabalu (0138625727), Masdiana di Sandakan (0128149171), Siti Aisyah di WP Labuan (0146543226), Along Martie di Bukit Garam Kinabatang­an (0148706344), Yuliana di Tawau (0168110627), Erda di Felda ( 0147033538), Miza di Umas Tawau (0113164256­0), Sueleza di Lahad Datu (0163615779) dan Erni di Nunukan Indonesia (+6282250265­226). Sempena majlis perasmian dan pelancaran produk, Astinah merakamkan penghargaa­n kepada pelanggann­ya yang telah memberi sokongan kepada perniagaan­nya yang kini berusia dua tahun. “Saya menghargai kesetiaan mereka dan bersyukur kerana dapat berkongsi manfaat penggunaan herba-herba semulajadi ini untuk digunakan sama ada oleh golongan wanita mahu pun lelaki,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia