Utusan Borneo (Sabah)

Penggunaan ketum meningkat di Kelantan

-

KOTA BHARU: Polis Kelantan percaya penggunaan daun ketum sebagai alternatif kepada dadah oleh penagih di negeri ini semakin meningkat tahun ini berbanding tahun lalu berdasarka­n jumlah rampasan. Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, rampasan daun ketum sepanjang tahun ini sahaja sudah melebihi 14,000kg berbanding hanya 8,000kg pada 2017. Katanya rampasan terbaru ialah pada Isnin dan semalam, di mana 735kg daun ketum bernilai RM22,050 berjaya dirampas dalam dua kejadian berasingan di Batu Melintang dan Jalan Jeli-Gerik. Mengulas lanjut, beliau berkata kebanyakan daun ketum itu diperoleh dari Kedah dan dibawa untuk edaran di Kelantan dan ada yang dipercayai diseludup ke negara jiran. “Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam 19 Nov lalu, polis berjaya merampas 235kg daun ketum selepas menahan sebuah van dinaiki dua lelaki berasal dari Alor Setar dan Kuala Nerang, Kedah. “Pemeriksaa­n yang dilakukan dalam van itu menjumpai bungkusan daun ketum dalam plastik gelap. Siasatan lanjut mendapati dua lelaki berusia 25 dan 27 tahun itu positif dadah jenis methamphet­amine,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, pada Rabu. Hasanuddin berkata dalam kejadian di Jalan Jeli-Gerik pada pukul 6.30 pagi semalam pula, polis berjaya merampas 500kg daun ketum dalam satu sekatan jalan raya. Katanya dalam kejadian itu dua lelaki tempatan berusia 27 dan 40 tahun turut ditahan dan mereka mengakui daun ketum itu diperoleh dari Pendang, Kedah. Katanya keempat-empat suspek ditahan reman dari 19 hingga 23 Nov untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. Sementara itu, Hasanuddin berkata polis merampas enam botol plastik putih dipercayai mengandung­i dadah jenis heroin bernilai RM12,000 selepas menahan seorang lelaki di Wakaf Stan, Kubang Kerian pada 19 Nov. Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala suspek berumur 40 tahun itu direman sehingga 26 Nov untuk siasatan lanjut. Terdahulu, Hasanuddin menyaksika­n Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Kelantan di mana bekas Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kelantan yang baru, berkuat kuasa Rabu. Beliau menggantik­an Datuk Din Ahmad yang bersara wajib bulan lalu. Sebelum ini, jawatan itu dipangku oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan (JSJK), ACP Wan Khairuddin Wan Idris. -Bernama

 ??  ?? HASANUDDIN menunjukka­n sebahagian daripada 735 kilogram daun ketum bernilai RM22,050 yang berjaya dirampas ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan pada Rabu. -Gambar Bernama
HASANUDDIN menunjukka­n sebahagian daripada 735 kilogram daun ketum bernilai RM22,050 yang berjaya dirampas ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan pada Rabu. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia