Utusan Borneo (Sabah)

Enam lelaki termasuk seorang anggota polis didakwa seludup migran

-

KOTA KINABALU: Enam lelaki antaranya seorang anggota polis yang bertugas di lapangan terbang, serta seorang lelaki warga asing didakwa atas pertuduhan menyeludup seramai 21 migran. Anuar Madjinil Hadji, 34, Amin Ali, 28, Omar Sapri, 53, Jasnin Ot Ali@ Mohd Alli,54, Badri Jalal, 62,dan seorang warga asing Muksin Munib, 60, dihadapkan di depan Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz. Bagaimanap­un tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 26 A Akta Anti pemerdagan­gan Orang dan Antipenyel­udupan Migran 2007 (Akta 670). Jika sabit salah boleh dikenakan penjara selama tempoh 15 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali. Anuar didakwa menyeludup tiga lelaki warga asing berusia antara 22 hingga 35 tahun, pada 3 Januari tahun lalu hingga 24 Oktober jam 1.05 petang. Mu k sin menyeludup empat migran antaranya seorang wanita berusia antara 22 hingga 49 tahun, pada 3 Jun tahun lalu hingga 24 Oktober jam 1.19 petang. Sementara Amin menyeludup empat lelaki dan dua wanita berusia antara 23 hingga 30 tahun, pada 9 Ogos tahun lalu hingga 24 Oktober jam 6.30 petang. Omar didakwa menyeludup tujuh lelaki dan seorang wanita berusia antara 20 hingga 37 tahun pada 9 Ogos tahun lalu hingga 24 Oktober jam 12.10 tengah hari. Manakala seorang penguatkua­sa lapangan terbang Jasnih menyeludup seorang migran lelaki berusia 20 tahun dan seorang wanita berusia 55 tahun pada Februari tahun lalu hingga 24 Oktober jam 5.15 petang. Badrididak­wamenyelud­up tiga migran wanita berusia antara 20 hingga 45 tahun pada 13 September tahun lalu hingga 28 Oktober. Semuatertu­duhmelakuk­an kesalahan terbabit di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) di sini. Mahkamah menetapkan sebutan semua kes pada 7 Disember terhadap semua tertuduh yang diperintah­kan terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah. Timbalan Pendakwa Raya Mohd Khairuddin Idris mewakili pihak pendakwaan dan semua tertuduh tidak diwakili peguam.

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas dan kanan) ANTARA tertuduh diiringi anggota polis selepas pendakwaan pada Rabu.
(Gambar atas dan kanan) ANTARA tertuduh diiringi anggota polis selepas pendakwaan pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia