Utusan Borneo (Sabah)

Pegawai imigresen didakwa minta, terima rasuah RM3,000

-

IPOH: Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas duapertudu­hanmeminta­dan menerima suapan sebanyak RM3,000 daripada seorang lelaki, dua tahun lepas. Tertuduh Megat Khairul Anuar Sulaiman, 32, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim S. Indra Nehru. Berdasarka­n kertas pertuduhan, tertuduh yang bertugasdi­JabatanImi­gresen Negeri Perak di sini meminta suapan RM3,000 daripada Muhammad Zahir Zahiri atas dorongan untuk menutup kes tangkapan dua pekerja Indonesia pada 30 Mac 2016 kira-kira pukul 1.55 petang. Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum menerusi Seksyen 24 (1) akta sama, memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda dari jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi. Pertuduhan kedua menyatakan Megat Khairul Anuar telah menerima suapan sebanyak RM3,000 yang diminta daripada Muhammad Zahir Zahiri di Bahagian Penguatkua­sa Jabatan Imigresen negeri Perak di sini pada tarikh sama kira-kira pukul 5.10 petang. Dia dituduh mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda dengan lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi. Pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa R.Kumuthamba­l, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Nov ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi membolehka­n Megat Khairul Anuar melantik peguam. Terdahulu tertuduh merayu agar jumlah jaminan dikurangka­n kerana perlu menyara keluarga, tidak mempunyai wang simpanan selain gaji bulanan hanya RM2,400.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia