Utusan Borneo (Sabah)

Usaha lahir murid seimbang

Ibu bapa perlu tekankan kepentinga­n kokurikulu­m dan akademik

- Oleh SALMAN ABADI

S ANDA KAN: IBU bapa digesa terus memperting­katkan sokongan dan galakan kepada anak-anak dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak sekolah dalam usaha melaksana dan menjayakan pelbagai kegiatan kokurikulu­m di sekolah. Penyelia Unit Kokurikulu­m Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan Alfian Ahmad Rifaie berkata para ibu bapa perlu memberi penekanan penting kepada penglibata­n aktif anak-anak dalam bidang kokurikulu­m, sukan dan sebagainya. Katanya, bidang kokurikulu­m dan kurikulum (akademik) harus diberi keutamaan yang sama penting demi melahirkan murid yang seimbang, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Beliau menyatakan demikian semasa berucap merasmikan Majlis Hari Anugerah Kokurikulu­m 2018 Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Tentera Sandakan, di Dewan Terbuka sekolah itu. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pegawai Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Ke22 Kem Seri Kinabatang­an Sandakan Mejar Zunaidi Atimin. Alfian berkata pihak sekolah juga perlu lebih berusaha untuk melibatkan murid dalam pelbagai aktiviti kokurikulu­m dalam pelbagai peringkat pada masa akan datang. “Kepentinga­n kokurikulu­m dalam dasar pendidikan negara amat diberi penekanan dengan mewujudkan sistem pemarkahan secara sistematik melalui Pentaksira­n Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulu­m atau PAJSK,” katanya. Sehubungan itu katanya, pihak sekolah dan ibu bapa perlu memberikan galakan, motivasi dan sokongan kepada semua murid agar sentiasa bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulu­m, sukan dan sebagainya ke arah kecemerlan­gan dan kemenjadia­n murid. Beliau turut memuji usaha dan komitmen pihak sekolah khususnya Jawatankua­sa Kokurikulu­m SK Kem Tentera atas kejayaan mengadakan Hari Anugerah Kokurikulu­m 2018 itu sebagai satu usaha memartabat­kan bidang kokurikulu­m dalam pendidikan. Sementara itu, Penolong Kanan Kokruikulu­m SK Kem Tentera Zubaidah Mahmud berkata Majlis Hari Anugerah Kokurikulu­m 2018 itu bermatlama­t memberikan penghargaa­n kepada muridmurid yang telah mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang kokurikulu­m serta mengharumk­an nama sekolah bukan sahaja di peringkat daerah dan negeri Sabah, malah di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa bagi tahun 2018. Selain itu, ia juga bertujuan menarik minat murid untuk bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulu­m dan seterusnya melahirkan lebih ramai murid yang berjaya meraih pencapaian dan keunggulan yang boleh dibanggaka­n. “SK Kem Tentera Sandakan telah berjaya melahirkan ramai murid yang cemerlang dalam bidang kokurikulu­m sehingga ke peringkat antarabang­sa. “Majlis ini diadakan untuk menghargai jasa dan sumbangan serta kejayaan anak-anak didik yang telah mengharumk­an nama sekolah dalam sukan bola jaring, ragbi, hoki dan bola sepak (bawah 12 tahun) serta muridmurid yang memperoleh pencapaian terbaik dari setiap unit persatuan, kelab dan unit beruniform,” jelasnya. Zubaidah berkata, sukan ragbi dan bola jaring merupakan kebitaraan sekolah dalam bidang sukan dan kokurikulu­m sejak 2012 dan sekolah itu sering kali mendapat johan atau naib johan dalam kedua-dua sukan berkenaan di peringkat daerah atau bahagian Sandakan. “Lebih membanggak­an lagi, apabila seramai 15 murid SK Kem Tentera telah terpilih untuk beraksi di Kejohanan Ragbi KGV 10s 2018 peringkat antarabang­sa yang berlangsun­g pada 16-18 November lalu di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King George V Seremban, Negeri Sembilan dan berjaya meraih naib johan kategori bowl. Pasukan ragbi SK Kem Tentera Sandakan merupakan wakil tunggal dari Negeri Di Bawah Bayu untuk menyertai kejohanan itu pada tahun ini. “Kejayaan cemerlang ini diharapkan menjadi pembakar semangat kepada muridmurid yang lain agar sentiasa berusaha menonjolka­n bakat mereka dengan bersungguh sun g g g u h untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada tahun akan datang,” ujarnya. Katanya, majlis itu akan dijadikan acara tahunan dalam usaha menghargai usaha dan kesungguha­n serta kejayaan para guru yang bertungkus-lumus melatih dan membimbing murid, di samping menghargai dan mengiktira­f pencapaian cemerlang murid-murid dalam bidang kokurikulu­m, sukan dan sebagainya. Terdahulu, Guru Besar SK Kem Tentera Alima Abdul Rahman dalam ucapannya berkata, majlis Hari Anugerah Kokurikulu­m diadakan sebagai usaha mengiktira­f sumbangan dan kecemerlan­gan murid dalam meningkatk­an prestasi kokurikulu­m dan sukan sekolah. Selain itu, ia dilihat sebagai wadah untuk menghargai penglibata­n murid dalam pelbagai jenis sukan dan permainan. Justeru, secara tidak langsung ia dapat mencungkil bakat murid-murid, bahkan usaha itu dilihat mampu menjadi pemangkin kemenjadia­n murid dalam bidang kokurikulu­m sekolah dan bukan hanya berteraska­n akademik semata-mata. Majlis itu turut diserikan dengan persembaha­n tarian sambut tamu oleh muridmurid SK Kem Tentera. Untuk rekod, SK Kem Tentera yang merupakan satu-satunya sekolah rendah di Sandakan yang terletak dalam kawasan kem tentera, ditubuhkan dan mula beroperasi pada 1973 dengan jumlah murid seramai 974 orang dan 79 guru termasuk anggota kumpulan pelaksana (AKP) atau staf sokongan bukan guru.

“ Kepentinga­n kokurikulu­m dalam dasar pendidikan negara amat diberi penekanan dengan mewujudkan sistem pemarkahan secara sistematik melalui Pentaksira­n Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulu­m atau PAJSK ” ALFIAN AHMAD RIFAIE Penyelia Unit Kokurikulu­m Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan

 ??  ?? PASUKAN ragbi SK Kem Tentera Sandakan meraih naib johan kategori bowl pada Kejohanan Ragbi KGV 10s 2018 peringkat antarabang­sa di Seremban bergambar kenangan bersama Alima dan Zubaidah (berdiri, tiga dan empat dari kanan).
PASUKAN ragbi SK Kem Tentera Sandakan meraih naib johan kategori bowl pada Kejohanan Ragbi KGV 10s 2018 peringkat antarabang­sa di Seremban bergambar kenangan bersama Alima dan Zubaidah (berdiri, tiga dan empat dari kanan).
 ??  ?? ZUBAIDAH (berdiri, tengah) bersama sebahagian penerima anugerah kokurikulu­m 2018 SK Kem Tentera.
ZUBAIDAH (berdiri, tengah) bersama sebahagian penerima anugerah kokurikulu­m 2018 SK Kem Tentera.
 ??  ?? ALIMA menyampaik­an anugerah kepada murid cemerlang dalam sukan ragbi.
ALIMA menyampaik­an anugerah kepada murid cemerlang dalam sukan ragbi.
 ??  ?? ALFIAN menyampaik­an anugerah kepada murid cemerlang sukan bola jaring.
ALFIAN menyampaik­an anugerah kepada murid cemerlang sukan bola jaring.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia