Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 57,000 pemastauti­n tetap dapat kerakyatan

Pertimbang­an setiap permohonan ambil kira pelbagai aspek

-

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) merekodkan 57,191 pemastauti­n tetap telah dianugerah­kan kewarganeg­araan Malaysia sejak 2008 hingga 30 Sept lepas. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Rabu berkata pertimbang­an setiap permohonan diperincik­an daripada peruntukan Perlembaga­an Persekutua­n termasuk memenuhi tempoh mastautin pemegang kad MyPR. Beliau menjawab soalan Datuk Wong Tien Fatt (PH-Sandakan) yang ingin tahu dasar pertukaran kad pengenalan merah ke biru kepada golongan yang berkelayak­an. Mohd Azis berkata pemohon perlu mempunyai pengukuhan bahasa Melayu yang diukur melalui tiga komponen ujian pengetahua­n iaitu lisan, membaca dan menulis selain melalui tapisan keselamata­n polis. Bagi pemohon berumur lebih 60 tahun yang gagal tapisan keselamata­n, beliau berkata mereka masih dipertimba­ngkan untuk dianugerah­kan kewarganer­aan sekiranya kesalahan dilakukan sudah melebihi 20 tahun dan bukan daripada kategori jenayah berat, profesiona­l atau terancang. Mohd Azis turut menegaskan bahawa para pemohon yang mendapat kelulusan perlu hadir di JPN bagi mengangkat sumpah sebelum diberikan sijil kewarganeg­araan untuk dibenarkan membuat kad pengenalan. -Bernama

“Pemohon perlu mempunyai pengukuhan bahasa Melayu yang diukur melalui tiga komponen ujian pengetahua­n iaitu lisan, membaca dan menulis selain melalui tapisan keselamata­n polis. DATUK MOHD AZIS JAMMAN Timbalan Menteri Dalam Negeri

 ??  ?? AZIS turut mengambil kira aspek kemanusiaa­n serta
AZIS turut mengambil kira aspek kemanusiaa­n serta
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia