Utusan Borneo (Sabah)

Sekeluarga ditawan perompak bersenjata pada awal pagi

Perompak bertopeng, bersenjata parang ikat mangsa, isteri, ibu bapa, tiga anak

-

KUCHING: Sebuah keluarga ditawan di rumah sendiri apabila rumah mereka dimasuki perompak bertopeng dan bersenjata­kan parang dalam satu insiden di Taman Sentosa Jalan Penrissen Lama di sini Isnin lepas. Menurut sumber, kejadian berlaku sekitar jam 4 pagi apabila keluarga terbabit yang terdiri daripada sepasang suami isteri bersama ibu bapa serta tujuh anak mereka dikejutkan dengan kehadiran kumpulan perompak terbabit. Difahamkan, kesemua ahli keluarga terbabit dikumpulka­n di dalam satu bilik dan kemudian diikat menggunaka­n cadar. “Pemilik rumah dikejutkan oleh isterinya yang terdengar jeritan ibu mereka menyebabka­n dia terus bangun dan terkejut apabila mendapati empat individu tidak dikenali sedang berdiri di luar bilik tidurnya. “Seorang daripada suspek yang bersenjata­kan parang bertindak melibas dahi, tangan dan perut mangsa sebelum turut mencederak­an isteri mangsa yang ketika itu cuba menyelamat­kan mangsa. “Mangsa bersama isteri, ibu bapa serta tiga anak mereka kemudian dikumpulka­n di dalam satu bilik dan diikat,” katanya. Kesemua suspek kemudian beredar dari rumah tersebut kira-kira 30 minit kemudian dengan turut melarikan barang-barang berharga serta sejumlah wang tunai. “Kumpulan suspek terbabit melarikan diri menggunaka­n kereta mangsa yang bagaimanap­un berjaya ditemui semula di Kampung Endap, Padawan,” kata sumber. Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Lee Chong Chern semasa dihubungi mengesahka­n kejadian tersebut dan siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan. “Pasukan siasatan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Forensik telah hadir di lokasi kejadian untuk menjalanka­n siasatan dan dipercayai suspek masuk ke dalam rumah tersebut dengan memanjat pagar belakang serta mengumpil jeriji tingkap dapur,” katanya. Justeru beliau memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian agar menghubung­i mana-mana balai polis berhampira­n untuk membantu siasatan.

“Pemilik rumah dikejutkan oleh isterinya yang terdengar jeritan ibu mereka menyebabka­n dia terus bangun dan terkejut apabila mendapati empat individu tidak dikenali sedang berdiri di luar bilik tidurnya. Ketua Polis Daerah Kota Samarahan ” DSP LEE CHONG CHERN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia