Utusan Borneo (Sabah)

AirAsia tambah penerbanga­n lewat malam sempena Tahun Baharu Cina

-

KUCHING: Air Asia berbesar hati untuk menambah penerbanga­n lewat malam bagi memenuhi permintaan bagi laluan popular sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina antara 31 Januari dan 12 Februari 2019. AirAsia menawarkan tambang rendah tetap RM99 sehala dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, RM149 dari Kuala Lumpur ke Miri, Sibu dan Kuching serta RM199 dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes berkata, AirAsia adalah syarikat penerbanga­n yang membekal berdasarka­n permintaan, justeru tambang akan naik apabila permintaan lebih banyak, terutamany­a pada musim perayaan. “Tetapi, tanpa AirAsia, tambang akan menjadi lebih tinggi. Sebagai syarikat penerbanga­n untuk semua, kami berusaha untuk membantu tetamu kami dengan menawarkan penerbanga­n tambahan lewat malam untuk Tahun Baharu Cina ini pada tambang rendah tetap. “Dan kami ingin mengucapka­n terima kasih kepada pihak kerajaan atas bantuan mereka dalam mendapatka­n kelulusan ini,” katanya menerusi kenyataan media semalam. Beliau berkata pihaknya ingin mengucapka­n terima kasih kepada kakitangan yang mengorbank­an cuti Tahun Baharu Cina mereka dan untuk kerja keras mereka bagi mengendali­kan penerbanga­n tambahan ini. Sementara itu, Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau amat berbesar hati dengan penerbanga­n tambahan lewat malam yang diumumkan oleh AirAsia semalam. “Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, kami berharap harga bagi laluan popular semasa Tahun Baharu Cina akan kekal rendah dengan lebih banyak kekerapan penerbanga­n yang ditawarkan, dan saya senang hati kerana ia dapat dilihat pada penerbanga­n tambahan ini. “Saya menggalakk­an semua orang yang ingin pulang dalam tempoh perayaan akan datang untuk mengambil peluang ini dan menempah penerbanga­n mereka sekarang,” katanya. Sehubungan itu, para tetamu yang akan membuat perjalanan pada musim perayaan ini dinasihatk­an untuk tiba di lapangan terbang lebih awal bagi mengelakka­n kesesakan dan menggunaka­n perkhidmat­an daftar masuk melalui laman web dan aplikasi mudah alih untuk kemudahan mereka. Perkhidmat­an tersebut boleh didapati 14 hari dan sehingga 1 jam sebelum waktu berlepas yang dijadualka­n. Bagi para tetamu yang mempunyai bagasi daftar masuk, mereka dinasihatk­an untuk tiba lebih awal bagi memastikan mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk mendaftar masuk bagasi mereka sebelum ke pintu masuk. Kaunter daftar masuk ditutup 60 minit sebelum waktu berlepas yang dijadualka­n untuk penerbanga­n antarabang­sa dan 45 minit sebelum waktu berlepas yang dijadualka­n untuk penerbanga­n domestik. Kaunter daftar masuk di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2) bagi kedua-dua penerbanga­n antarabang­sa dan domestik pula akan ditutup 60 minit sebelum waktu berlepas yang dijadualka­n. Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/ AirAsia), Facebook (facebook. com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

 ??  ?? PENGERUSI AirAsia X Tan Sri Rafidah Aziz (tiga kiri), Tony, Anthony Loke (empat kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat menghadiri majlis pelancaran tambahan penerbanga­n lewat malam AirAsia untuk Tahun Baharu Cina 2019 di Kuala Lumpur, pada Selasa.
PENGERUSI AirAsia X Tan Sri Rafidah Aziz (tiga kiri), Tony, Anthony Loke (empat kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat menghadiri majlis pelancaran tambahan penerbanga­n lewat malam AirAsia untuk Tahun Baharu Cina 2019 di Kuala Lumpur, pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia