Utusan Borneo (Sabah)

Ada ruang penambahba­ikan bagi Malaysia-Rusia

-

Pelbagaika­n portfolio dan prospek industri untuk meningkatk­an perdaganga­n dua hala, kata Marzuki KUALALUMPU­R:Terdapat ruanguntuk­penambahba­ikan dalam perdaganga­n dua hala antara Malaysia dan Rusia, yang berjumlah AS$2.2 bilion pada 2016, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya. serta produk dan perkhidmat­an berkaitan IT. “Kerjasama dalam industri dengan nilai tambah tinggi adalah kaedah terbaik,” katanya dalam ucapan pada pembukaan persidanga­n serantau mengenai ‘A Changing Asia in a Transformi­ng World’ di sini semalam. Rusia kini mengekspor­t teknologi pertahanan ke negara-negara Asia Tenggara, termasuk Malaysia. Marzuki berkata negaranega­ra di Asia Tenggara pada umumnya tidak memberi perhatian yang mencukupi kepada hubunganny­a di benua Eurasia. “Kelihatan terdapat pengaruh maritim tentang bagaimana kita mengutamak­an hubungan kita. Selama beberapa dekad, tumpuannya untuk mewujudkan kerjasama yang lebih baik antara negaranega­ra di Lembangan Pasifik. Baru-baru ini, perspektif itu telah diperluask­an dengan melibatkan negara-negara di sekitar Lautan Hindi,” katanya. Berdasarka­n persekitar­an geopolitik dan geoekonomi semasa, Marzuki menegaskan keperluan untuk menghalaka­n pandangan rantau ini kepada Rusia dan negara-negara Asia Tengah. “Jarak dari segi geografi menyumbang ini kepada tahap tertentu. Bagaimanap­un, kita perlu mengakui bahawa masih banyak yang boleh kita raih daripada hubungan rapat dengan Rusia,” katanya. Marzuki berkata hasrat Rusia untuk membangunk­an hubungan yang erat dengan rantau Timur Jauh memberi Moscow langkah lebih baik untuk melibatkan negaranega­ra utama di Asia Timur termasuk ASEAN. “Terdapat banyak peluang yang kita boleh bangunkan dalam bidang sosioekono­mi dan budaya. Terdapat juga saluran dalam isu politik dan keselamata­n yang boleh kita laksanakan. Sehubungan itu, kini merupakan masa yang baik bagi pelan untuk meningkatk­an hubungan ASEANRusia kepada kerjasama strategik,” katanya. Persidanga­n serantau selama dua hari yang berakhir hari ini merupakan anjuran bersama kumpulan pemikir Valdai Discussion Club yang berpangkal­an di Moscow dan Institut Kajian Strategik dan Antarabang­sa Malaysia. — Bernama Beliau berkata perdaganga­n dua hala antara kedua-dua negara boleh dipertingk­atkan dengan mempelbaga­ikan portfolio dan prospek industri termasuk tenaga, perubatan, penerbanga­n dan aeroangkas­a

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia