Utusan Borneo (Sabah)

Insentif RM150,000 untuk atlet, pegawai Para Sukma Melaka

-

MELAKA: Kerajaan Melaka memperuntu­kkan RM150,000 sebagai insentif kepada 64 atlet dan 32 pegawai negeri itu yang mencatatka­n prestasi cemerlang pada temasya Para Sukma ke-19 di Ipoh, Perak. Ketua Menteri Adly Zahari berkata insentif tersebut merupakan suntikan awal dalam usaha memastikan Melaka dapat memperbaik­i prestasi pada kejohanan dwi-tahunan itu selain membantu kerjaya mereka sebagai seorang atlet. Beliau berkata kerajaan negeri memberi insentif tambahan sebanyak RM500 kepada atlet yang meraih pingat emas, tanpa menyatakan secara terperinci nilai hadiah bagi setiap warna pingat yang dibawa pulang?. “Sumbangan ini hanyalah sebagai dorongan kepada mereka, namun apa yang lebih besar (bermakna) adalah semangat juang yang ditunjukka­n dalam usaha mengharumk­an nama negeri. “Kita menghantar 64 atlet dan 32 pegawai dan menjangkak­an (sasaran) meraih 10 emas, 15 perak dan 10 gangsa,” katanya kepada pemberita selepas menyerahka­n bendera negeri kepada kontinjen Melaka ke temasya tersebut di sini, pada Rabu. Turut berlangsun­g penyerahan watikah pelantikan bapa dan jabatan angkat Para Sukma yang turut dihadiri oleh Exco Komunikasi, Multimedia, Pembanguna­n Belia dan Sukan Melaka, Kerk Chee Yee, dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Melaka Marina Nafi yang dilantik Chef de Mission Melaka pada temasya itu. Adly berkata Melaka menyasarka­n acara badminton, olahraga, renang, tenpin boling, catur, ‘powerlifti­ng’ dan ‘lawn ball’ sebagai ‘lubuk’ pingat bagi skuad Hang Tuah itu pada temasya yang bermula hari ini hingga 28 Nov depan. “Pada Para Sukma 2016 lepas, Melaka mengakhiri kempen di tangga ke-11 pungutan pingat apabila berjaya memperoleh 14 emas, 17 perak dan 13 gangsa,” katanya. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia