Rurungan Aki Magalin berhimpun di dewan terbuka Pitas
PITAS: Dianggarkan 1,000 keturunan Rurungan Aki Magalin (RAM) berhimpun dalam Hari Keluarga Aki Magalin Untolos minggu ini di dewan terbuka Pitas.
PengerusipenganjurJohnny Majuhi berkata pertemuan RAMtahuninimerupakankali kedua seumpamanya dengan Kanibongan mengambil giliran tuan rumah yang dijadual dirasmikan mantan calon PKR Matunggong, Sazaly Donol Abdullah.
“Hari keluarga diadakan di sini memandangkan sebahagian besar keluarga RAM menetap di daratan Kanibongan sejak 100 tahun lalu,” katanya.
Menurut beliau, majlis itu bertujuan mengekalkan jalinan kemesraan dalam kalangan ahli keluarga besar yang tersebar di pelbagai daerah meliputi Kudat, Matunggong, Kota Marudu, Beluran, Kota Kinabalu dan pelbagai tempat di negara ini.
“Malahan ada yang belum pernah bertemu dan belum mengetahui salasilah keluarga,” katanya.
Johnny menjelaskan Hari Keluarga RAM tahun lalu diadakan di Rumah Panjang Bavang Gazo dihadiri lebih 1,500 ahli keluarga yang diserikan dengan pelbagai aktiviti demi mewujudkan ruang saling berkenalan di antara sesama.
Hari pertama dijadual diisikan dengan kesukanan dan kesenian seperti bola tampar, futsal dan karaoke melibatkan penyertaan lelaki dan perempuan.
Katanya perhimpunan itu dipermudahkan oleh hubungan media sosial untuk menghimpunkan 10 keturunan anak Aki Magalin seperti Ruludan, Mangandul, Monginggul, Masandi, Manahut, Magani, Odu Sadawon, Odu Inongkian, Odu Bolihai dan Odu Sonihai.
“Dikisahkan semua adikberadik itu terpisah ke pelbagai daerah sebelum Perang Dunia Kedua di mana terdapat anak-anak dan cucucicit tidak mengenal antara satu sama lain,” katanya.
Perhimpunan itu mengambiltema‘Menguatkan dan mempererat tali persaudaraan’ dengan mengenakan pakaian tema masing-masing jalur keluarga.