50 belia Kemabong dan Tenom tubuh koperasi
TENOM:Sebuahkoperasiyangterdiri daripada golongan usahawan dalam kalangan belia iaitu Koperasi Teraju Tenom Berhad telah ditubuhkan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong Jamawi Jaafar berkata, ia merupakan cetusan idea beliau yang bertujuan membantu para usahawan di Tenom dan Kemabong menambahbaik ilmu keusahawanan sekali gus meningkatkan ekonomi menerusi bidang masing-masing.
Katanya, seramai 50 orang yang terdiri daripada golongan belia di daerah Tenom dan daerah kecil Kemabong menyertai koperasi itu pada awal penubuhannya.
Jelasnya, ilmu keusahawanan yang dipelajari berupaya melahirkan lebih banyak usahawan muda sekali gus menjadikan mereka usahawan yang lebih berdaya maju.
“Penubuhan koperasi ini diharapkan dapat memacu bidang keusahawanan dan pelaburan yang dapat memberi manfaat kepada ahli (belia) menerusi peluang ekonomi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penubuhan Koperasi Teraju Tenom Berhad di sini pada Isnin.
Dalam perkembangan berkaitan, Jamawi berkata penglibatan golongan beliadalampelbagaibidangperniagaan di daerah ini mampu menggerakkan koperasi di kawasan ini.
“Apa yang penting ialah komitmen dan kesanggupan menghadapi cabaran dalam bidang perniagaan dan pengurusan,” katanya.
Menurut beliau, persatuan belia perlu memanfaatkan sebaiknya bantuan kerajaan seperti Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) dengan melibatkan diri secara aktif dalam pelaburan dan perniagaan.
“Kita yakin dengan kepakaran pengurusan persatuan belia, suntikan pinjaman mahupun bantuan dari institusi-institusi tertentu boleh mewujudkan pelbagai bentuk perniagaan dalam satu bumbung melalui koperasi ini,” katanya.