Capai misi bangunkan Sabah

Kerajaan tingkat jumlah penjawat pengurusan, profesional

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kerajaanakanmeningkatkan jumlah jawatan kumpulan pengurusan dan profesional bagi

perkhidmatan awam di negeri ini kepada 10 peratus dengan penambahan 1,800 kepada 2,800 jawatan dalam tempoh lima tahun.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, berdasarkan rekod semasa, jawatan yang diklasifikasi dalam kumpulan berkenaan setakat ini hanyalah enam peratus daripada jumlah keseluruhan jawatan dalam kerajaan negeri.

“Peningkatan kapasiti pegawai dari kumpulan ini membolehkan lebih banyak pemikir strategi, perancang dan golongan profesional menggerakkan misi untuk membangunkan negeri Sabah.

“Penambahan kapasiti perjawataniniakanmelibatkan kenaikan gred jawatan dan seterusnya mengukuhkan sumber tenaga kerja yang berprestasi tinggi,” katanya ketika berucap melancarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Kerajaan Negeri Sabah dan merasmikan Hari Perkhidmatan Awam Negeri, di sini pada Khamis.

Shafie berkata, kecekapan sistem penyampaian juga amat diperlukan bagi menjamin kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan dasar serta inisiatif kerajaan itu.

Untuk itu katanya, semua anggota pentadbiran kerajaan dan penjawat awam perlulah peka terhadap rintihan rakyat, mengunakan ICT salam sistem kerja, manfaat tenaga kerja sedia ada, fokus perancangan strategik, pembudayaan inovasi serta analisa data, dan komited galas tanggungjawab sumbang prestasi dan pencapaian organisasi.

Selain itu, katanya, perkhidmatan awam perlu memberikan perhatian mengenai pengurusan bakat, terutamanya dalam mempersiapkan pegawaipegawai muda yang bakal meneruskan kecemerlangan yang dimiliki pada masa kini.

“Sehubungan itu, perkhidmatan awam hendaklah berupaya merancang pelan penggantian yang sistematik agar ‘talent pool’ yang kita miliki ini ditempatkan secara strategik berlandaskan kekuatan, kelebihan dan kesesuaian untukmenggantikanpegawaipegawai yang akan bersara.

“Pegawai-pegawai kanan juga hendaklah berkebolehan untuk menjadi mentor kepada pegawai-pegawai muda agar tidak wujud jurang kompetensi apabila satusatu peralihan berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Shafie memberi jaminan bahawa kerajaan negeri menghargai dan akan memastikan hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan terus dipelihara.

Beliau berkata, hubungan baik itu pastinya memberikan manfaat kepada Kerajaan Sabah, terutamanya dalam aspek peruntukan dana pembangunan, penurunan kuasa (devolution of power) serta pengembalian hak-hak rakyat negeri Sabah seperti mana yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.

“Selaras dengan itu, semua penjawat awam hendaklah bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang lebih besar sejajar dengan kelebihan dan manfaat yang diberikan kepada Negeri Sabah hasil daripada hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan.

“Justeru, saya menyeru kepada semua kementerian dan jabatan untuk memastikan pengurusan kewangan dirancang dengan strategik dan telus agar perbelanjaan yang dibuat adalah teratur mengikut peraturanperaturan yang sedang berkuatkuasa,” katanya.

Tambahnya, penjawat awam juga haruslah memberi penekanan kepada budaya kerja yang efisien serta berintegriti agar ruang penyelewengan, pembaziran, boros dan ketirisan dapat dicegah.

Empatlagiinisiatifberimpak tinggi yang menjadi aspek utama dalam mendukung KPI reformasi penjawat awam iaitu pemantapan struktur organisasi, pengamalan budaya berprestasi tinggi, menterjemah perancangan kepada tindakan berimpak tinggi serta pelaksanaan model kompetensi dan penilaian kompentensi.

Terdahulu, seramai 1,200 pegawai perkhidmatan awam negeri dan persekutuan hadir pada majlis pelancaran itu yang bertemakan ‘Sinergi Inovasi Ke Arah Reformasi Perkhidmatan Awam’.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Jaujan Sambakong, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Hashim Paijan dan Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Datuk Nordin Siman.

“Peningkatan kapasiti pegawai dari kumpulan ini membolehkan lebih banyak pemikir strategi, perancang dan golongan profesional menggerakkan misi untuk Sabah.” membangunkan negeri DATUK SERI MOHD SHAFIE APDAL, Ketua Menteri

Gambar Bernama

SHAFIE bersama anggota Kabinet Negeri Sabah pada majlis pelancaran KPI dan Bidang Keutamaan Negeri sempena Hari Perkhidmatan Awam di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.