Karnival Sukan Belia DUN N19 Kapayan

Utusan Borneo (Sabah) - - Sukan -

PENAMPANG: Dewan Undangan Negeri (DUN) N19 Kapayan telah menganjurkan Karnival Sukan pada 2 Disember lalu di Kompleks Sukan Penampang melibatkan hampir 500 belia dan beliawanis dari kawasan Kapayan.

Objektif utama penganjuran bertujuan untuk menyatukan belia dan beliawanis di samping mengalakkan gaya hidup sihat.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kapayan Jannie Lasimbang merangkap Pembantu Menteri UndangUndang dan Hal Ehwal Anak Negeri.

Antara pertandingan sukan yang dianjurkan adalah Bola Sepak 9 Sebelah, bola tampar (lelaki dan wanita), tarik tali, bola keranjang dan ping pong.

Dalam pada itu pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah telah dimenangi oleh pasukan dari Kg. Ganang, naib johan dari Kg. Hungab dan tempat ketiga pasukan dari Kg. Koidupan.

Manakala johan acara bola tampar kategori lelaki dimenangi oleh pasukan dari Kg. Nagasiba B, diikuti tempat kedua pasukan dari Kg. Nosoob dan tempat ketiga pasukan dari Kg. Mogoputi.

Untuk johan acara bola tampar kategori wanita pula dimenangi oleh pasukan dari Kg. Baru 2, diikuti tempat kedua pasukan dari Kapayan Ridge dan tempat ketiga dari Kg. Baru 1.

Pasukan dari Kg. Nagasiba juga muncul johan untuk acara tarik tali, diikuti pasukan dari Kg. Noosob Baru kedua dan tempat ketiga pasukan dari Kg. Mogoputi.

Bagi acara bola keranjang, johan disandang pasukan Rock, diikuti pasukan Cyril Tang Country Heights tempat kedua dan tempat ketiga pasukan Skull Hunter.

Acara ping pong perseorangan lelaki dimenangi oleh Perrie Roy dari Kg. Nosoob, tempat kedua Florian Hiew dari Kg. Hungab dan ketiga Callistus Paddy dari Kg. Hungab.

Manakala acara ping pong perseorangan wanita dimenangi oleh Florence dari Kapayan, diikuti oleh Celestina Charis dari Kg. Ganang kedua dan ketiga Benedith Joseph dari Kg. Mogoputi.

Kebanyakan peserta yang menyertai Karnival Sukan Belia DUN N19 Kapayan berumur antara 18 hingga 40 tahun yang berasal dari Kg. Ganang, Kg. Kibouvang, Kg. Nosoob, Kg. Kobusak, Kg. Mogoputi, Kg. Hungab, Kg. Nagasiba, Kg. Koidupan dan Kg. Tunoh.

Kesemua acara-acara sukan diadakan secara serentak di sekitar Kompleks Sukan Penampang.

Selain dari itu persembahan gimrama bola keranjang telah dipersembahahkan oleh pelajar-pelajar SJK (C) Yue Min dan juga senam Zumba untuk memeriahkan lagi suasana acara karnival sukan tersebut.

Turut hadir memeriahkan upacara pembukaan karnival berkenaan adalah Pegawai Daerah Penampang Robert Stidi, Adun Likas Tan Lee Fatt, Patrick Chia wakil kepada Chan Foong Hin MP Kota Kinabalu, Mohd Khairil wakil Ketua Balai Bomba Penampang dan ASP Roni Abdul Rahim wakil Ketua Polis Penampang.

PASUKAN Kg Ganang juara bola sepak Karnival Belia DUN N19 Kapayan.

PERTANDINGAN tarik tali antara acara sukan yang berlansung pada Sukan Karnival DUN N19 Kapayan.

JANNIE merasmikan acara pertandingan bola keranjang.

UPACARA pembuka Sukan Karnival Belia DUN N19 Kapayan.

JANNIE merasmikan acara pertandingan bola tampar untuk kategori wanita.

JANNIE beramah mesra dengan warga tua yang dijemput untuk menerima sumbangan ikhlas daripada penganjur.

PASUKAN gimrama bola keranjang pelajar-pelajar dari SJK C Yue Min.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.