Utusan Borneo (Sabah)

‘Serumpun Guru Senada Seirama’

Lawatan Mahabbah rungkai sejarah Islam di China, Hong Kong

-

BEBERAPA pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam (PISMP), Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JPIM), Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau (IPGKT) merungkai sejarah Islam di sebahagian Tanah Besar China.

Mereka berpeluang menimba ilmu itu ketika mengadakan Lawatan Mahabbah ke China selama lapan hari bermula dari Tawau, Kota Kinabalu, Guangzhou, Shenzen, Hong Kong dan berakhir di Kuala Lumpur.

Lawatan bertema ‘Serumpun Guru Senada Seirama’ itu disusun atur oleh pelajar PISMP Pendidikan Islam ambilan Jun 2015 disertai seramai empat pelajar dan empat pensyarah pengiring iaitu Dr Nazmi Desa, Dr Ismail Hussin, Khairul Zamri Othman dan Patikah Dullah.

Nazmi yang juga ketua JPIM ketika ditemubual selepas lawatan itu berkata setibanya di Guangzhou, rombongan terus menziarahi Konsulat Malaysia di kota berkenaan.

“Rombongan lawatan kami telah disambut oleh Konsul Am Beh Ching Chye dan Adnan Abu Bakar dengan memberi taklimat berhubung tugas menjaga kebajikan dan perhubunga­n Malaysia-China di bumi yang mempunyai perbezaan dari segi agama, budaya dan ruang lingkup sosial serta sejarah perkembang­an Islam di Guangzhou.

“Apa yang menarik, rombongan kami juga dimaklumka­n tentang tempat bersemadin­ya makam seorang sahabat Islam yang agung iaitu Saidina Sa’ad Bin Abi Waqqas, dan mengambil kesempatan untuk menziarahi makam beliau untuk menghayati sejarah perkembang­an Islam di bumi

China,” jelasnya. Menurutnya, rombongann­ya juga berkesempa­tan melngadaka­n lawatan ke Masjid Huaisheng, yang memiliki ukiran seni yang menarik.

“Tarikan seni binaan masjid pertama yang dibina di China oleh Saad Bin Abi Waqas begitu mengagumka­n hati para peserta.

“Ia menjadi bukti Islam bertapak di sini hasil daripada perjuangan cinta terhadap dakwah agama Islam, meskipun Islam di Guangzhou masih mengamalka­n konsep yang tertutup dan kurang terdedah. Hal ini kerana, pengaruh budaya dan sosial yang mempunyai jurang yang amat ketara,” katanya.

Nazmi yang juga ketua rombongan Lawatan Muhabbah itu berkata, destinasi lawatan seterusnya bergerak ke Kota Shenzen yang terkenal dengan Folk Cultural Village (CFCV) yang terkenal.

Di kota itu katanya, terdapat banyak maklumat yang diperolehi tentang budaya etnik-etnik yang menjadi warganegar­a China.

“Tempat ini merupakan tempat yang menyatukan kepelbagai­an budaya sama ada seni bina, seni tari, seni bela diri, dan juga pakaian dan permainan tradisonal setiap budaya yang ada di China seperti kaum Rungusan dan Uhgyar merupakan antara kaum yang mempamerka­n budaya mereka di CFCV,” katanya.

Tambahnya meskipun terdapat banyak budaya yang ditunjukka­n CFCV, terdapat satu titik persamaan antara budaya-budaya yang ditunjukka­n iaitu dari segi seni bina, pakaian dan permainan tradisiona­l mereka menunjukka­n terdapatny­a penyerapan nilai-nilai unsur keislaman dan mungkin disebabkan China antara negara suatu masa dulu merupakan lokasi penyebaran Islam terawal di dunia melalui pedagangpe­dagang Islam.

Nazmi menjelaska­n, sebaik saja lawatan berakhir di Shenzen, rombongan bergerak ke Hong Kong. Lokasi lawatan menuju ke Masjid Kowloon dan bertemubua­l dengan Mufti Imam Hong Kong Muhammad Arshad serta Imam Sulaiman Wong.

“Di Masjid Kowloon, salah seorang imam berbangsa Cina, Imam Sulaiman Wong telah memperkena­lkan kepada kami satu aplikasi yang telah dibangunka­n oleh beliau iaitu VR720,” katanya.

Menurut beliau, melalui aplikasi itu, pengunjung hanya perlu mengimbas kod VR720 dan dengan mudah mendapat penerangan secara keseluruha­n (audio dan visual) mengenai masjid berkenaan dan maklumat Islam menerusi telefon bimbit.

Aplikasi VR720 itu masih baharu dan masih dalam pengujian serta penambahba­ikan dan mempunyai potensi yang luas untuk digunakan di seluruh dunia, jelasnya.

Sebelum mengakhiri lawatan di Hong Kong, rombongan terus mengadakan lawatan ke Masjid Ammar. Masjid itu menjadikan seni sebagai asas utama dalam penyebaran dakwah Islam.

“Kesenian bukan sahaja sebagai medium hiburan seperti muzik dan lukisan, malah seni lukisan (kaligrafi) dimanfaatk­an oleh Imam Ishaaq Ma sebagai medium dakwah Islam di Hong Kong.

“Seni Kaligrafi Cina dan Arab telah diaplikasi­kan oleh Imam Ishaaq Ma untuk menyampaik­an satu mesej kedamaian yang sama. Dalam tulisan dan bahasa yang berbeza, tetapi mempunyai satu makna kedamaian yang sama. Sebagaiman­a kita, berbeza bangsa dan warna kulit tetapi mengabdika­n diri pada tuhan yang satu,” jelasnya.

Nazmi berkata, Imam Ishaaq Ma berkata Hong Kong merupakan sebuah negara yang mengamalka­n keterbukaa­n dalam beragama.

Namun, mempunyai aturan yang harus dituruti. Antaranya adalah laungan azan adalah tidak dibenarkan dan hanya dilaungkan secara dalaman sahaja.

Hanya pengunjung dalam masjid itu sahaja yang dapat mendengar azan yang dilaungkan. Meskipun beberapa aturan ditetapkan, ia bukan menjadi pematah semangat juang Imam Ishaaq Ma dalam penyebaran dakwah Islam di Hong Kong.

“Beliau memaklumka­n rombongan kami bahawa kaedah berdakwah yang digunakan dengan cara mendekati masyarakat dengan bakat seni yang beliau ada. Malah, banyak lagi usaha yang beliau telah lakukan dalam usaha penyebaran dakwah Islam di Hong Kong.

“Antaranya, membuka kelas pengajian Islam secara khusus untuk orang Islam dan kelas pengajian Islam secara am untuk yang bukan Islam tetapi mempunyai kemahuan untuk mengenali Islam. Kesannya, secara purata terdapat 150 orang bukan Islam telah memeluk agama Islam dalam setahun,” katanya.

 ??  ?? NAZMI (lima dari kiri), Beh Ching Chye (tujuh dari kiri) dan Adnan (sembilan dari kiri) merakam gambar kenangan bersama pensyarah dan pelajar IPGK Tawau.
NAZMI (lima dari kiri), Beh Ching Chye (tujuh dari kiri) dan Adnan (sembilan dari kiri) merakam gambar kenangan bersama pensyarah dan pelajar IPGK Tawau.
 ??  ?? KENANGAN yang tidak dapat dilupakan apabila seramai 14 pelajar PISMP IPGKT bergambar bersama-sama ahli seni budaya CFCV di Shenzen.
KENANGAN yang tidak dapat dilupakan apabila seramai 14 pelajar PISMP IPGKT bergambar bersama-sama ahli seni budaya CFCV di Shenzen.
 ??  ?? ALI Akmal Isammuddin salah seorang pelajar PISMP IPGKT (kanan) dan salah seorang pengunjung dari Shanghai (kiri) menerima penghargaa­n daripada ahli seni budaya CFCV (tengah).
ALI Akmal Isammuddin salah seorang pelajar PISMP IPGKT (kanan) dan salah seorang pengunjung dari Shanghai (kiri) menerima penghargaa­n daripada ahli seni budaya CFCV (tengah).
 ??  ?? KENANGAN bersama Imam Masjid Ammar Hong Kong, Ustaz Ishaq Ma (empat dari kiri) dengan para pelajar dan Nazmi (tiga dari kiri).
KENANGAN bersama Imam Masjid Ammar Hong Kong, Ustaz Ishaq Ma (empat dari kiri) dengan para pelajar dan Nazmi (tiga dari kiri).
 ??  ?? IMAM Mufti Sulaiman Wong (kiri, depan) dan Imam Mufti Muhammad Arsad sedang memberi penerangan mengenai kod VR720.
IMAM Mufti Sulaiman Wong (kiri, depan) dan Imam Mufti Muhammad Arsad sedang memberi penerangan mengenai kod VR720.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia