Hutan Simpan Bukit Piton dilestari

Untuk habitat flora dan fauna, termasuk Orang Utan

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Hutan Simpan Utara Ulu Segama akan terus dilestarikan dari kemusnahan melalui usaha melindungi Hutan Kelas Pertama itu yang kini telah menjadi habitat pelbagai flora dan fauna termasuk Orang Utan.

Hutan yang berkeluasan 5,400 hektar yang turut dikenali Hutan Simpan Bukit Piton telah melalui 10 tahun fasa penanaman semula dan pemuliharaan melalui kerjasama kerajaan dengan Yayasan Sime Darby (YSD) dan Sime Darby Plantation dengan peruntukan bantuan RM25 juta.

Ketua Konservator Hutan, Datuk Mashor Mohd Jaini, berkata hutan yang musnah akibat amalan pembalakan dan insiden kebakaran pada 1983 dan 1997 itu kini telah berubah indah dan selesa.

Menurutnya, langkah kerajaan yang menambah “Totally Preotected Areas” (TPPA) 30 peratus menjelang 2025 dianggar akan menambah populasi kira-kira 11,000 Orang Utan di Sabah khususnya di TPPAs.

Katanya, Hutan Simpan Bukit Piton yang turut diletakkan sebagai TPPA turut menempatkan 387 Orang Utan hasil kejayaan usaha berterusan selama 10 tahun itu.

“Hutan Simpan Bukit Piton telah ditanam kirakira

“Hutan Simpan Bukit Piton telah ditanam kira-kira 300,000 pohon dari 95 spesies, antaranya pokok buah-buahan yang boleh membekal sumber makanan kepada Orang Utan selain meningkatkan ” fungsi ekosistem hutan ini

DATUK MASHOR MOHD JAINI Ketua Konservator Hutan

300,000 pohon dari 95 spesies, antaranya pokok buah-buahan yang boleh membekal sumber makanan kepada Orang Utan selain meningkatkan fungsi ekosistem hutan ini,”

katanya.

Mashor berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Reforestation dan Rehabilitation di Hutan Simpan Bukit Piton, dekat sini pada Jumaat.

Ahli Kaunsil Yayasan Sime Darby, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata projek itu dilaksanakan setelah menyedari Hutan Simpan Bukit Piton perlu dipulihkan demi masa depan terutama untuk menjadi habitat 250 hingga 300 Orang Utan.

“Projek ini dilaksanakan dengan menggerakkan usaha penanaman semula spesies pokok yang menjadi sumber makanan.

“Ianya juga untuk habitat hidupan liar yang lain yang kini menempatkan 129 spesies burung termasuk sembilan daripadanya spesies yang terancam,” katanya.

Jeffri berkata, selepas proses penanaman pokokpokok disiapkan 2017, ianya diikuti dengan kerjakerja penyenggaran untuk memastikan pokok yang ditanam dalam keadaan yang baik untuk membesar.

Beliau menghargai gabungan kepakaran dan komitmen dari kerajaan melalui Jabatan Perhutanan Sabah dan Sime Darby Plantation serta pasukan pengurusan kualiti yang diketuai Tang Men Kon kerana berjaya merealisasikan impian Hutan Simpan Bukit Piton.

Seterusnya, Jeffri berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberi sokongan yang berterusan yang sejak 2009 telah memberi sokongan dan bantuan dalam menjayakan usaha itu.

Turut hadir Ketua Operasi (Upstream) Sime Darby Plantation Berhad Mohamad Helmy Othman Basha, Ketua Eksekutif Yayasan Sime Darby Yatela Zainal Abidin dan Timbalan Konservator Hutan Frederick Kugan.

Selepas majlis, rombongan turut meluangkan masa meninjau kawasan hutan termasuk suatu kawasan yang menempatkan sarang-sarang Orang Utan.

MASHOR berkesempatan menanam anak pokok di dalam kawasan hutan itu.

MASHOR menerima cenderakenangan daripada Jeffri .

MASHOR menunjukkan anatara sarang orang utan.

ANTARA sarang orang utan yang ditemui.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.