Suhakam tangguh sambutan Hari Hak Asasi Manusia

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KUALA LUMPUR: SambutanHariHakAsasi Manusia yang dirancang hari ini di Padang Timur, Petaling Jaya untuk memperingati Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa 2018 akan ditangguhkan. Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Tan Sri Razali Ismail berkata Polis Diraja Malaysia memaklumkan kepada suruhanjaya dan Pejabat Perdana Menteri tanpa menyatakan butiran terperinci bahawa terdapat risiko serius terhadap keselamatan negara yang berkemungkinan timbul daripada program itu.

“Suhakam kecewa kerana kerajaan yang komited kepada Hak Asasi Manusia seakanakan terpengaruh dengan taktik tekanan dan ekstremisme sehingga terpaksa menangguhkan acara sambutan yang dirancangsejakbeberapa bulan yang lepas.

“Kami memohon maaf kepada orang ramai, tetamu kami, peserta dan sukarelawan yang terlibat dalam acara ini,” katanyadalamkenyataan pada Jumaat.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.