Operasi bersepadu kesan salahlaku di lautan

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KUDAT:PasukanPolisMarin (PPM) dengan kerjasama Jabatan Perikanan Kudat berjaya menahan beberapa individu selepas didapati menangkap ikan tanpa lesen di perairan Kudat.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata kesemua suspek warga tempatan berumur 22 hingga 48 tahun ditahan dalam satu operasi bermula jam 4 hingga 9 pagi.

“Hasil pemeriksaan terhadap empat buah bot nelayan jenis rantau dan sebuah perahu berjaya merampas lima enjin sangkut masing-masing 15hp, 30hp, 7ohp serta dua buah 40hp.

“Turut dirampas 120 kilogram ikan pelbagai jenis, 180 set selambu ketam, 25 kilogram ketam hidup yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM135, 175,” katanya.

Beliau berkata kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Kudat dan disiasat mengikut Akta Perikanan 1985.

EMPAT bot nelayan serta perahu yang dirampas PPM dan Jabatan Perikanan Kudat dalam operasi bersepadu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.