Khidmat masyarakat diperluas
Di kawasan pulau Parlimen Batu Sapi
SANDAKAN:Pelaksanaan Program Khidmat Masyarakat akan diperluaskan ke kawasan kepulauan sekitar Batu Sapi bagi memudahkan masyarakat mengemukakan masalah dan pertanyaan.
Program itu inisiatif Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Batu Sapi turut menjadi platform kepada anggota parlimen kawasan itu Datuk Liew Vui Keong yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri untuk turun padang dan bertemu masyarakat.
“Program khidmat masyarakat yang kita laksanakan ini amat bermanfaat dan memberi peluang untuk bertemu dan mendengar sendiri segala pertanyaan dan permasalahan yang dikemukakan masyarakat setempat.
“Justeru, program ini akan
“Program khidmat masyarakat yang kita laksanakan ini amat bermanfaat dan memberi peluang untuk bertemu dan mendengar sendiri segala pertanyaan dan permasalahan yang dikemukakan masyarakat setempat. ” DATUK LIEW VUI KEONG Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
diperluaskan lagi sekitar Parlimen Batu Sapi termasuk kawasan kepulauan bagi membantu penduduk kampung mendapatkan perkhidmatan yang disediakan,” katanya ketika merasmikan Program Khidmat Masyarakat di Kampung Tronglit, Pulau Timbang dekat sini, pada Sabtu.
Program itu turut disertai agensi kerajaan antaranya Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Mahkamah Bergerak, Polis, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Majlis Perbandaran Sandakan.
Pada majlis itu, Liew turut mengumumkan peruntukan untuk Kampung Tronglit sebanyak RM20,000 bagi pembaikan laluan pejalan kaki dan RM5,000 bagi program kebersihan di perkampungan tersebut. - Bernama