MPS bersihkan tepi jalan demi keselamatan penduduk

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura Calvin Chong memuji sikap dan tindakan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Datuk Peter Hii Chang Lik berhubung aduan awam yang diterimanya dalam memastikan keselamatan, keindahan serta kebersihan bandar ini.

Beliau berkata apa juga aduan awam yang diterima berkaitan bidang pentadbiran MPS pasti akan segera dijalankan.

“Saya mengulas perkara ini seperti yang diadukan oleh pihaknya berhubung pokokpokok di sepanjang tepi Jalan Taman Sentosa di mana pihak majlis segera membersihkan laluan tersebut demi keselamatan penduduk,” katanya.

Calvin berkata pokok-pokok serta semak samun tersebut juga telah menutupi laluan untuk pejalan kaki.

Beliau yang melahirkan kebimbangan kepada pengguna jalan raya pada musim hujan ini akan menyebabkan kecelakaan dan ini merupakan risiko yang tinggi perlu dihadapi oleh penduduk Taman Sentosa.

“Oleh itu, untuk mengelakkan kecelakaan berlaku saya telah bekerjsama dengan pihak MPS supaya memberi pertolongan menebang pokok-pokok yang menghalang laluan pejalan kaki dan pokok yang hampir tumbang untuk memastikan penduduk Sentosa dalam keadaan yang selamat,” katanya.

Calvin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Peter Hii dan kakitangan MPS yang terlibat kerana menjalankan tugas dengan cekap dan baik.

Beliau turut berkata pada masa akan datang dia percaya Sandakan akan jadi lebih kemas dan bersih.

“Saya akan terus memberi sokongan dan kerjasama yang baik kepada Datuk Peter Hii Chang Lik dan MPS dalam memastikan usaha menjadikan bandar ini sebagai sebuah bandar yang bersih dan indah,” katanya.

KAKITANGAN MPS sedang membersihkan kawasan terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.