Amalkan gaya hidup sihat dengan bersenam

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KOTA KINABALU: Penjawat awam diseru mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam dan mengamalkan pemakanan yang sihat.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Hashim Paijan berkata, aktiviti berkenaan bukan sahaja dapat menyihatkan badan tetapi turut membantu mengurangkan tekanan.

“Hari ini kita melancarkan Program Kecergasan dan Gaya Hidup Sihat bersempena dengan Hari Perkhidmatan Awam Negeri 2018 yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

“Objektif program adalah untuk menggalakkan kakitangan perkhidmatan awam supaya mengamalkan budaya hidup sihat dari segi fizikal dan mental kerana kita memerlukan mental yang sihat dengan emosi yang seimbang.

“Saya berharap setiap penjawat awam dapat mengamalkan senaman ringan dan menjaga pemakanan demi kesihatan diri,” katanya.

Hashim turut menggalakkan setiap agensi kerajaan tempatan untuk mengadakan aktiviti dan program kesihatan di premis masing-masing.

Hampir 500 penjawat awam menghadiri program pagi Sabtu di Stadium Kompleks Sukan Likas.

Hadir sama ialah Mayor Bandaraya Kota Kinabalu DatukYeoBoonHai,Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Sabah Datuk Nordin Siman dan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah Datuk Awang Damit Ag Anak.-Artikel Sumbangan Penerangan.

HASHIM (dua dari kanan) bersama-sama Nordin (tiga dari kanan) dan Awang Damit bersenam pada program tersebut.

HASHIM (lima dari kanan) turut tidak melepaskan peluang berbasikal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.