Utusan Borneo (Sabah)

AADK bincang dengan NGO cari jalan perangi dadah

-

KOTABHARU:AgensiAnti­DadahKeban­gsaan (AADK) akan mengadakan perbincang­an meja bulat bersama badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara dalam mencari kata sepakat memerangi gejala penagihan dadah.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Seri Zulkfili Abdullah berkata langkah itu diambil bagi memastikan matlamat aktiviti tidak sihat itu dikurangka­n secara berperingk­at dalam tempoh lima tahun akan datang, tercapai.

“Sebanyak 178 kawasan merah (aktif penagihan dadah) perlu diberikan tumpuan dan kita yakin dengan kerjasama daripada NGO yang ada, gejala itu akan dapat dikurangka­n dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan acara penutup Perbincang­an Meja Bulat (RTD) Pencegahan dan Rawatan Dadah, Apa Solusi Baru? di sini, pada Sabtu.

Hadir sama Pengarah AADK Kelantan Rohayu Ahmad, Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) Dr Muhamad Hamzah dan Pakar Psikiatri Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian Dr Mohd Azhar Mohd Yasin.

Perbincang­an meja bulat tersebut membabitka­n 115 peserta daripada pelbagai aktivis NGO yang aktif di negeri ini.

Zulkifli berkata faktor utama berlakunya penagihan berulang disebabkan penerimaan negatif masyarakat, justeru beliau menyeru agar golongan majikan sudi menerima bekas penagih untuk diambil bekerja selepas mereka menjalani proses pemulihan.

Sementara itu, beliau berkata AADK akan bekerjasam­a dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) dalam memastikan kemasukan bekalan dadah dapat dikawal.

“Sepertiman­a kita lihat, dadah ini selagi ada permintaan, selagi itulah ada penggunaan. Jadi kita akan berusaha agar pencegahan awal, dari sekolah dan keluarga dimulakan.

“Kita berharap dengan penerapan nilai dan aspek pendorong yang kuat daripada keluarga, mereka tidak akan mengambil dadah,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia