Jalani ujian saringan AIDS

Demi kehidupan lebih ceria

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU:Orang ramai yang berisiko dijangkiti penyakit HIV perlu menjalani ujian bagi mengetahui status kesihatan mereka.

Pembantu Menteri PerdagangandanPerindustrian Azhar Matussin berkata, langkah pencegahan perlu diambil kerana pelbagai rawatan telah disediakan oleh pelbagai pihak di dalam usaha bersama-sama mengawal penularan jangkitan HIV di negara ini.

“Bagaimanapun, masih terdapat juga halangan dalam pengesanan HIV, stigma dan diskriminasi masih menjadi faktor utama untuk orang ramai yang menjalani pemeriksaan lewat, iaitu hanya selepas jatuh sakit dan mempunyai simpton,” katanya ketika merasmikan program AIDS Charity Run and Walk sempena hari AIDS Sedunia 2018 di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, program amal yang diadakan kali ini adalah satu usaha bagi meningkatkan lagi kesedaran

“Masih terdapat juga halangan dalam pengesanan HIV, stigma dan diskriminasi masih menjadi faktor utama untuk orang ramai yang menjalani pemeriksaan lewat, iaitu hanya selepas jatuh sakit dan ” mempunyai simpton AZHAR MATUSSIN

Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian

orang ramai terutama pelajar institut pengajian tinggi mengenai HIV.

Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karambunai berkata, program itu juga menggalakkan penyertaan anggota masyarakat dalam usaha mencegah dan mengawal penyebaran penyakit itu.

Seramai 724 orang menyertai larian ini. Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Prof. Dr.MohammadSaffreeJeffree, Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta tetamu kehormat lain.

Dana yang dipungut dalam larian amal itu akan diserahkan kepada Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) dan Persatuan Perkhidmatan Sokongan AIDS Sabah (Kasih).

AZHAR (tiga kanan) menyerahkan sumbangan yang dipungut kepada seorang wakil penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.