Respa Sabah hulur sumbangan ikhlas kepada keluarga anggota terkorban

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Persatuan Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa) menyampaikan sumbangan ikhlas kepada keluarga Allahyarham Konstabel Mohd Zamiri Sinsian.

Mangsa yang bertugas di Balai Polis Travers terkorban semasa menjalankan tugas memeriksa sebuah kereta pacuan empat roda sebelum dirempuh sebuah kereta jenis sedan yang datang dari arah depan di Jalan Semantan pada 5 Disember lalu.

Pengerusi Respa Sabah Datuk Sulaiman Junaidi berkata sumbangan disampaikan kepada ayah mangsa di kediamannya di Kampung Daramakon Ranau.

“Sumbangan yang disampaikan hari ini adalah sebagai tanda ahli Respa menghargai pengorbanan anggota terkorban.

“Kami turut berduka cita dengan peristiwa ini dan mendoakan agar Allahyarham ditempatkan bersama hambaNya yang solleh,” katanya.

Turut hadir dalam majlis penyerahan ialah Timbalan Pengerusi Respa Sabah Sidin Abdul Karim, AJK Respa Yahya Othman, Starjan Singh, Ketua Kampung Sintang Akui, dan OCS IPD Ranau Sub Insp Manaf.

SULAIMAN menyampaikan sumbangan ikhlas kepada ayah mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.