Setia kepada parti dan pemimpin
Beri sokongan padu kepada Shafie sebagai KM
SANDAKAN: Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong menggesa ahli-ahli Parti Warisan agar terus setia memastikan kekuatan parti tidak mudah tergugat dan sekaligus memberi sokongan padu kepada Datuk Seri Mohd Shafie Haji Apdal sebagai presiden parti serta Ketua Menteri Sabah.
Beliau berkata, cabaran yang dihadapi parti setelah mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke - 14 (PRU14) lepas boleh dijadikan sebagai satu pengalaman untuk mereka berpegang teguh demi kekuatan parti.
“Kesetian kepada parti adalah asas perjuangan yang kukuh selain membantu kekuatan parti tetapi juga dapat mematangkan ahli itu sendiri.
“Walaupun banyak cabaran yang ditempuhi parti tetapi akhirnya Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu membuat keputusan dengan mengisyitiharkan Datuk Seri Mohd Shafie Haji Afdal sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah,” katanya.
Dengan pengisyitiharan itu, katanya telah banyak program mahupun aktiviti yang telah dapat kita laksanakan seperti acara pagi ini.
Oleh yang demikian, beliau ingatkan kepada semua ahli Parti Warisan agar menanamkan semangat kesetiaan dan memberikan sokongan yang padu kepada parti malah yang lebih penting juga, kita pastikan Datuk Seri Mohd Shafie akan terus kekal sebagai Ketua Menteri.
“Kita mesti memberikan sokongan yang padu dan menjaga dengan baik parti yang mendapat mandat tanggal 9 Mei 2018 lalu untuk kita meneruskan matlamat
“Cabaran yang dihadapi parti setelah mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke - 14 (PRU14) lepas boleh dijadikan sebagai satu pengalaman untuk mereka berpegang teguh demi kekuatan parti. Kesetian kepada parti adalah asas perjuangan yang kukuh selain membantu kekuatan parti tetapi juga dapat ” mematangkan ahli itu sendiri. DATUK LIEW VUI KEONG, Ahli Parlimen Batu Sapi
perjuangan membela nasib rakyat di Sabah,” jelasnya.
Liew mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang tidak berbelah-bagi kepada Parti Warisan.
“Warisan sebagai sebuah parti yang menjadi pilihan terbaikrakyatterutamadiBatu Sapi akan berusaha dengan lebih gigih bagi memastikan apa jua keperluan akar umbi dapat diberikan perhatian sewajarnya,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan ProgramKhidmatMasyarakat di Kampung Tronglit Pulau Timbang di Dewan Sekolah, Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Timbang, pagi Sabtu.
Pada program itu, Liew yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (UndangUndang) berkata ia akan diteruskan ke kawasan kepulauan sekitar Batu Sapi termasuklah tempat-tempat lain berdasarkan sambutan menggalakkan dari penduduk setempat.
“Program khidmat masyarakat yang kita laksanakan ini amat bermanfaat dan memberi peluang untuk bertemu dan mendengar sendiri segala pertanyaan dan permasalahan yang dikemukakan masyarakat setempat,” katanya.
Beliaumenjelaskanprogram serupa ini akan diteruskan ke lokasi-lokasi sekitar Parlimen Batu Sapi termasuk kawasan kepulauan bagi membantu penduduk kampung mendapatkan perkhidmatan yang disediakan.
Liew turut mengumumkan peruntukan untuk Kampung Tronglit iaitu sebanyak RM20,000 bagi pembaikan laluan pejalan kaki dan RM5,000 lagi bagi program kebersihan di perkampungan tersebut.
Sehubungan itu, katanya beliau sedia membantu rakyat melalui kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan demi membolehkan akar umbi mendapat manfaat bersama.
Program berkenaan merupakan anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Batu Sapi yang pertama kali dijalankan di kepulauan, serta bekerjasama dengan beberapa jabatan dan agensi kerajaan serta seramai 150 pegawai dan kakitangan jabatan serta agensi turut terlibat.
Turut hadir, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Datuk Peter Hii Chang Lik, Setiausaha Sulit Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Mohd Hanafiah Sahih Haji Mantoi, Pegawai Perhubungan Parlimen Batu Sapi Adin Haji Ismail dan pegawai kerajaan.