Pertandingan catur lakar sejarah Kg Lormalong

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KUNAK: Kampung Lormalong baru-baru ini menganjurkan pertandingan catur terbuka Lormalong anjuran Naurah Car Wash.

Pertandingan catur ini diadakan dengan kawalan masa 15+10, disertai oleh generasi daripada beberapa buah kampung di daerah Kunak.

Seramai 16 peserta yang menyertai pertandingan dan bermain sebanyak tujuh pusingan.

Juara disandang oleh Tasman, tempat kedua Zulkifli dan ketiga Abd Wahid Aying.

Bagi kategori Terbaik Kg Lormalong disandang oleh Roslianah Merdekai, anak jati Kg Lormalong, acara Bawah 18 Tahun di sandang oleh Sarah manakala Junior Bawah 12 Tahun dimenangi oleh adik Keisah bagi kategori perempuan dan adik Khairul bagi kategori Lelaki.

“Sambutan amat menggalakkan di kalangan anak muda dan golongan dewasa.

Ibu bapa juga turut hadir dan menyaksikan pertandingan itu, kebanyakan mereka menyuarakaninginlagimenyertaipertandingan yang mungkin akan diadakan pada 25 Disember nanti, ” kata Pengarah Program Rizuan Shah Alihakatdin.

Penduduk kampung dan sekitar turut menyuarakan minat yang mendalam dalam sukan catur.

Katanya, dengan adanya pertandingan seperti ini dapat mencungkil bakat serta mengangkat martabat sukan ini agar diminati oleh semua lapisan masyarakat.

PARA pemenang merakamkan kenangan bersama pihak penganjur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.