200 berkumpul sempena Hari Keluarga Kelab Pendidikan

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - RAISIN bersama Warga Pendidikan Labuan bergambar kenangan.

LABUAN: Hari Keluarga Kelab Pendidikan, Jabatan Pendidikan Labuan berjaya mengeratperhubungandalam kalangan warga jabatan itu dan ahli keluarga mereka.

Program yang dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 200 orang itu berjalan dengan meriah dan dipenuhi dengan pelbagai pengisian menarik.

Antaranya adalah acara senamrobik/zumba, karaoke santai, cabutan tiket bertuah, acara sukaneka, pertandingan memancing, pertandingan mewarna kanak-kanak dan futsal pantai.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Labuan, Raisin Saidin merakamkan penghargaan kepada jawatankuasa penganjur yang berjaya menjalankan program itu dengan baik sekali.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada warga Jabatan Pendidikan yang hadir bersama ahli keluarga masing-masing dan turut serta dalam semua acara yang disusun atur,” katanya dalam ucapan ringkas pada program yang diadakan di Pantai Damai, Layang-Layangan, pagi Sabtu.

Raisin turut menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi semua acara yang dijalankan bermula jam 8 pagi hingga jam 1 petang itu.- Penerangan Labuan.

RAISIN (tengah) menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan memancing.

ACARA cari gula-gula dalam tepung untuk kanak-kanak.

RAISIN turut serta dalam Pertandingan Boling Kelapa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.