Pegawai polis direman bantu siasatan kes rasuah

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

IPOH: Seorang pegawai polis di sebuah ibu pejabat polis daerah (IPD) di Perak direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes penerimaan rasuah berjumlah RM8,000.

Perintah reman bermula pada Sabtu sehingga 10 Dis itu dikeluarkan Majistret Siti Hafiza Jaafar, di Mahkamah Majistret di sini, setelah membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kes mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan berusia 44 tahun dari Bahagian Siasatan Jenayah itu ditahan di IPD berkenaan pada 5.27 petang semalam.

Semalammediamelaporkan, pegawai polis itu ditahan berhubung siasatan berkaitan penerimaan wang rasuah bagi mendapatkan kelulusan pembaharuanlesenperniagaan barang lusuh yang diusahakan sebuah syarikat.- Bernama

SEORANG pegawai polis (tengah) di reman bermula Sabtu sehingga 10 Dis untuk siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.