ICERD: PDRM siap siaga hadapi sebarang kemungkinan

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

KUALA LUMPUR: Polis menasihatkan agar peserta perhimpunan kesyukuran kerajaan menolakratifikasiKonvensyenAntarabangsaMengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tidak mencetuskan sebarang provokasi pada perhimpunan berkenaan, petang Sabtu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata ini kerana PDRM bersiap-siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Beliau berkata sejak semalam PDRM membuat pemantauan dan jumlah peserta ICERD pada pagi Sabtu dianggar seramai 5,000 orang dan jumlah itu dijangka meningkat pada tengah hari Sabtu.

“PDRM telah buat persiapan serapi mungkin dan kami berdoa dan berharap agar tiada apa-apa yang berlaku pada petang ini (Sabtu).

Sekiranya perhimpunan ICERD ini tidak selesai selepas pukul 6 petang ini, PDRM akan terus memantaunya sehingga ke pagi esok dan tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini,” katanya pada sidang media sempena Majlis Berkhatan Perdana PDRM 2018, di Masjid Bukit Aman di sini, Sabtu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.