Utusan Borneo (Sabah)

PBAPP terima Anugerah Kecemerlan­gan Makmal IKM dua tahun berturut-turut

-

GEORGE TOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) menerima ‘Anugerah Kecemerlan­gan Makmal’ daripada Institut Kimia Malaysia (IKM) untuk tahun kedua berturut-turut.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP Datuk Jaseni Maidinsa berkata, anugerah tersebut sekaligus mengiktira­f prestasi Makmal Pusat PBAPP di Loji Rawatan Air Sungai Dua (LRA Sg Dua) bagi 2018.

“AnugerahIK­Mmengiktir­af komitmen PBAPP untuk ujian analitikal air yang kompetan, berdasarka­n piawaian MS ISO/IEC 17025: 2005.

Manakala, pada 2017, PBAPP membekalka­n purata 826.3 juta liter air terawat sehari (MLD) di Pulau Pinang. Lebih 80 peratus air terawat diproses di LRA Sg Dua,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.

Katanya, proses penilaian anugerah tersebut telah diketuai oleh dua ahli kimia dan sepasukan anggota Makmal Pusat di LRA Sg Dua yang ditugaskan untuk menguji kualiti air mentah, air bersih dan air terawat.

“Prosedur ujian ini membantu memastikan PBAPP menghasilk­an air terawat yang melebihi parameter yang ditetapkan dalam Program Jaminan Kualiti (QAP) yang ditetapkan oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) secara konsisten,” katanya.

Beliau berkata PBAPP dan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang bekerjasam­a membuat persampela­n dan menguji kualiti air terawat di Pulau Pinang, di loji rawatan setiap minggu dan di saluran paip utama pada setiap bulan.

“Keputusan ujian ini mencermink­an komitmen berterusan PBAPP membekalka­n air terawat kualiti terbaik di Pulau Pinang, untuk keselamata­n dan kesejahter­aan 1.76 juta rakyat,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia