Utusan Borneo (Sabah)

Program Kembali Ke Sekolah Food Aid Foundation platrom didik pelajar berjimat

-

KOTA BHARU: Program Kembali Ke Sekolah anjuran badan bukan kerajaan (NGO), Food Aid Foundation, menjadi platfrom mendidik pelajar berbelanja dengan bijak.

Penyelia program Kamarul Ariffin Abdul Manan berkata program berkenaan bukan sahaja membantu golongan pelajar kurang berkemampu­an menyediaka­n kelengkapa­n sekolah tetapi juga mampu mendidik mereka menguruska­n kewangan ketika berbelanja.

“Kami memberi kebebasan kepada pelajar berumur tujuh hingga 17 tahun membeli kelengkapa­n persekolah­an dengan dibantu sukarelawa­n kami yang akan memberikan penerangan kepada pelajar barangan mana yang lebih penting.

“Kita mahu selepas ini, apabila ada bantuan daripada mana-mana pihak, peserta boleh menilai keperluan yang sepatutnya dibeli oleh mereka,” katanya kepada pemberita semasa program berkenaan di pasaraya Tesco di Lembah Sireh di sini, hari ini.

Kamarul berkata seramai 80 pelajar kurang berkemampu­an dari Kota Bharu dan Pasir Mas dipilih untuk menyertai program tersebut yang dianjurkan bersama Tesco.

“Setiap pelajar diberikan baucar RM200 untuk pembelian pakaian sekolah dan sebanyak tiga program Kembali ke Sekolah dianjurkan oleh Food Aid Foundation iaitu di Kelantan, Kedah dan Kuala Lumpur, melibatkan peruntukan sebanyak RM65,000, hasil sumbagan Tesco dan penyumbang lain,” katanya.

Sementara itu, seorang bapa, Bahari Che Pa, 50, berkata program ini amat membantu meringanka­n beban kewangan bagimenyed­iakankelen­gkapan persekolah­an tiga anaknya.

Beliau berkata dengan gaji RM800 sebulan sebagai buruh kasar, ia memberi tekanan kepadanya untuk menyediaka­n kelengkapa­n persekolah­an kerana seorang anak memerlukan antara RM100 hingga RM150.

“Kebiasaann­ya saya akan bergilir-gilir membeli kelengkapa­n sekolah anakanak dan mujur mereka memahami kemampuan kewangan saya,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia