Suri rumah rayu sumbangan, suami hidap kanser tahap tiga

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

ALOR SETAR: Seorang suri rumah merayu sumbangan daripada orang ramai bagi meringankan beban ditanggung keluarganya setelah suaminya Shukri Shaari disahkan menghidap kanser kelenjar Sarcoma tahap tiga sejak tiga tahun lepas.

Norhafizah Harun, 39, dari Kampung Alor Melintang di sini, berkata kehidupan mereka semakin terhimpit kerana suaminya dahulu seorang tukang rumah kini tidak lagi bekerja dan hanya bergantung kepada anaknya yang bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan pendapatan tidak menentu.

“Saya bingung memikirkan bagaimana nak menyara kehidupan kami sekeluarga di samping terpaksa berulang-alik ke Hospital Pulau Pinang(HPP)keranatiadapendapatan tetap. Saya juga ada seorang anak berusia empat tahun yang menghidap penyakit asma,” katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Norhafizah berkata suaminya Shukri, 47, disyaki menghidap kanser itu setelah timbul benjolan di lutut kirinya yang semakin membesar dan berdarah.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan terus sumbangan ke akaun Maybank Shukri bernombor 158051384465 atau menghubunginya di talian 013-5141326.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.