20 militan Daesh maut di timur Afghanistan

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

JALALABAD, Afghanistan: Sekurang-kurangnya 20 militan Daesh terbunuh di wilayah Nangarhar timur Afghanistan sejak Khamis, selepas pasukan keselamatan meneruskan operasi menghapuskan pengganas, lapor Xinhua.

Dalam operasi di daerah Haska Mina, 17 militan termasuk dua komander terbunuh selepas Direktorat Keselamatan Negara (NDS) menyerang lokasi persembunyian mereka, menurut kenyataan kerajaan wilayah.

Sementara itu kenyataan Kementerian Pertahanan Afghanistan, di daerah Pachir Aw Agam tiga militan terbunuh selepas tentera udara melancarkan serangan di daerah pergunungan.

Wilayah pergunungan, 120 kilometer timur Kabul, sering menjadi lokasi pertempuran antara pasukan keselamatan dan militan Daesh.

Ribuan penduduk terpaksa melarikan diri ke kawasan lebih selamat. Setakat ini Taliban belum memberikan sebarang kenyataan berhubung insiden itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.