Dua kilang daging Afrika Selatan dibuka semula selepas wabak listeria berakhir

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

JOHANNESBURG: Pihak berkuasa Afrika Selatan memberi kebenaran kepada pengeluar makanan jenama Tiger Brands membuka kilangnya yang sebelum ini ditutup selepas wabak listeria terbesar dunia melanda dan turut menjejaskan kilangnya, kata syarikat terbabit.

Pada Mac lalu, Afrika Selatan mengarahkan produk daging yang dikenali sebagai ‘polony’ dan mengarahkan beberapa kilang pemprosesan makanan ditutup termasuk dua kilang milik Tiger Brands.

Wabak berkenaan menyebabkan lebih 200 maut.

Surat kebenaran membuka semula kilang Tiger Brands di Polokwane itu adalah hampir dua bulan selepas syarikat terbabit mendapat kebenaran menyambung pengeluaran di sebuah lagi kilang mereka di Germiston, sebuah bandar di timur Johannesburg.

Menurut kenyataan Tiger Brands, kilang terbabit yang menghasilkan makanan yang sedia dimakan, akan kembali beroperasi serta-merta.

Pada Mei lalu, syarikat terbabit menetapkan sebanyak 356 juta rand sebagai kos yang ditanggungnya akibat terpaksa menarik semula semua produknya serta tuntutan insurans.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.