Serangan udara pakatan diketuai AS korbankan sembilan orang awam di Syria
BEIRUT: Serangan udara olah pakatan yang diketuai oleh AS menentang Islamic State di timur Syria telah mengorbankan sembilan orang awam kelmarin, menurut sebuah badan pemerhati.
Kurdish-Arab Syrian Democratic Forces (SDF), dibantu oleh kuasa udara pakatan, telah berjuang untuk menjatuhkan IS dari kawasan di wilayah timur Deir Ezzor sejak September.
“Serangan udara dan tembakan artileri oleh pakatan antarabangsa dan SDF telah berlaku di kawasan kejiranan di pekan Hajin,” menurut pihak Syrian Observatory for Human Rights.
Serangan udara “mengorbankan sembilan orang awam, termasuk enam kanak-kanak, dan dua pejuang jihad IS,” menurut badan pemerhati yang berpusat di Britain.
Pihak pakatan tidak memberikan komen lanjut mengenai kematian namun menyatakan beberapa kali ia telah melakukan sedaya-upayanya untuk mengelakkan kematian orang awam.
SDF telah memasuki tempat persembunyian utama IS di Hajin pada Khamis lepas selepas beberapa bulan pertempuran yang melihat pejuang jihad melancarkan serangan balas yang kejam.
“Tentera Demokrasi Syria telah bergerak ke arah beberapa wilayah yang pernah ditawan oleh ISIS dan melakukan serangan mereka,” jurucakap pakatan yang diketuai oleh AS Sean Ryan berkata kelmarin. Beliau menyatakan kerugian IS adalah “sangat tinggi” dan bahawa pihak perisikan melaporkan pejuang jihad telah cuba untuk melarikan diri ke seberang sempadan ke Iraq namun telah dihalang oleh pasukan tentera Iraq.
Dalam pertempuran selama hampir tiga bulan, lebih dari 820 pejuang jihad dan lebih dari 480 pejuang dibantu oleh AS telah terkorban, menurut Observatory.
Lebih dari 300 orang awam telah terbunuh dalam tempoh itu, menurutnya, walaupun pakatan menegaskan ia tidak menyasarkan pihak bukan pejuang.
Di Syria, pejuang jihad mengekalkan kehadirannya di padang pasir luas Badia yang terletak hingga sempadan Iraq, termasuk kawasan yang diserang sekitar Hajin.
Peperangan di Syria telah mengorbankan 360,000 orang dan menyebabkan jutaan kehilangan tempat tinggal sejak permulaan pada 2011 dengan penindasan kejam terhadap bantahan antirejim. — AFP