Belisario Betancur berusia 95 tahun menjadi presiden Amerika Selatan dari 1982-1986

Utusan Borneo (Sabah) - - Global -

BOGOTA: Bekas presiden Colombia Belisario Betancur, yang mengemudi negara pada waktu paling bergolak pada zaman 1980an,meninggalduniakelmarin pada usia 95 tahun, umum beberapa orang doktor.

Presiden Ivan Duque telah mengetuai penghormatan untuk bekas pemimpin konservatif itu, yang menjadi presiden bagi negara Amerika Selatan dari tahun 1982 hingga 1986.

“Saya berasa sangat kesal dengan kematian seorang rakan yang baik, seorang rakyat Colombia yang hebat, bekas presiden Belisario Betancur,” Duque menulis dalam satu mesej di dalam Twitter.

“Legasi beliau dalam politik, dalam sejarah kami, dalam budaya kami, merupakan satu contoh untuk semua generasi masa depan.”

Betancur telah dirawat di sebuah klinik Bogota bagi masalah buah pinggang. Klinik Yayasan Santa Fe menyatakan dalam satu kenyataan bahawa bekas presiden itu meninggal dunia pada jam 2:32 petang waktu tempatan.

Marta Lucia Ramirez, timbalan presiden negara, telah mengumumkan sebelum itu mengenai kematian Betancur dalam satu kenyataan Twitter pada hari sebelumnya.

Beliau memperbetulkan kesilapan itu dalam beberapa minit kemudian, namun sebelum ia dikesan oleh media negara, membawa kepada satu kebanjiran reaksi daripada orang awam.

Betancur yang konservatif menjadi presiden ketika gerila haluan kiri M-19 merampas kawalan Istana Kehakiman di Bogota pada November 1985 satu keadaan dramatik bagi keganasan yang telah menandakan Colombia untuk dekad seterusnya.

Beliau merupakan presiden pertama yang mengarahkan kumpulan pemberontak yang muncul pada 1960 bagi satu dialog dengan kerajaan, memastikan beliau akan berusaha untuk mencapai kedamaian.

Kumpulan pemberontak utama, FARC, akhirnya telah menandatangani satu perjanjian damai dengan kerajaan liberal pimpinan Juan Manuel Santos lebih dari 30 tahun kemudian, pada 2016. — AFP

GAMBAR fail ini diambil pada 19 Mei 2016, Betancur semasa pelancaran buku pembangkang Venezuela Leopoldo Lopez yang dipenjarakan di Bogota, Colombia. Betancur telah meninggal dunia pada usia 95 tahun, maklumat dari pihak hospital. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.