Utusan Borneo (Sabah)

Neo-Nazi bersalah bunuh penunjuk perasaan Charlottes­ville

-

WASHINGTON: Seorang neo-Nazi Amerika kelmarin didapati bersalah membunuh seorang wanita sewaktu beliau melanggar penunjuk perasaan dengan keretanya di satu perhimpuna­n ketuanan orang kulit putih pada 2017 yang menjadikan Charlottes­ville sebagai contoh bagi keganasan kaum di bawah Presiden Donald Trump.

Selain pembunuhan darjah pertama, yang boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup, James Alex Fields Jr, 21, didapati bersalah atas lima tuduhan melakukan kecederaan serius dengan niat jahat, tiga tuduhan melakukan kecederaan dengan niat jahat, dan satu tuduhan langgar lari.

Juri yang terdiri daripada tujuh wanita dan lima lelaki mencapai keputusan mereka pada hujung hari pertama pertimbang­an bagi perbicaraa­n yang berlangsun­g hampir dua minggu.

Keganasan pada 12 Ogos 2017, yang meragut nyawa Heather Heyer, seorang pembantu peguam berusia 32 tahun, dan mencederak­an puluhan lagi, mengubah bandar universiti dengan ciri kekampunga­n di Virginia itu menjadi simbol bagi keberanian golongan pelampau haluan kanan yang semakin meningkat di bawah Trump.

Presiden itu mengundang kritikan meluas ekoran kejadian itu apabila beliau bercakap mengenai “kesalahan kedua-dua pihak”, dipercayai untuk membuat persamaan moral di antara golongan ketuanan orang kulit putih yang datang untuk membantah pemindahan sebuah patung Konfederat, dengan golongan yang menentang mereka.

Beberapa saudara-mara mangsa, yang duduk di belakang pihak pendakwaan di sebelah kanan Mahkamah Sirkit Charlottes­ville sepanjang perbicaraa­n, menangis dengan senyap ketika keputusan diumumkan.

“Saya rasa paling bagus pernah saya rasakan dalam tempoh hampir setahun setengah,” kata Wednesday ‘Al’ Bowie, salah seorang mangsa yang selamat dalam serangan berkenaan selepas tulang pinggulnya retak di enam bahagian, kepada AFP.

Hukuman akan diumumkan bermula Isnin, apabila juri diberi pilihan untuk mengesyork­an hukuman penjara selama 20 tahun hingga seumur hidup bagi kesalahan membunuh.

Sementara hakikat bahawa Fields merempuh penunjuk perasaan dengan kereta Dodge Callenger tidak dipertikai­kan, peguamnya dan pendakwa raya telah mengemukak­an naratif yang berbeza mengenai keadaan minda dan niatnya pada hari itu.

Pihak pembelaan berkata dalam kenyataan pembukaan mereka bahawa Fields “takut nyawanya terancam” – dengan harapan, menurut pemerhati, agar juri mendapati beliau bersalah bagi tuduhan lebih ringan seperti pembunuhan darjah kedua, jika tidak dibebaskan sahaja.

Fields memandu sepanjang malam dari bandar asalnya Maumee, Ohio, untuk menyokong perhimpuna­n ‘Unite the Right’ bagi membantah pemindahan patung Robert E. Lee, jeneral tertinggi Konfederas­i yang properhamb­aan sewaktu Perang Saudara Amerika pada 1861-1865.

Pihak pendakwaan memaparkan video yang menunjukka­n Field menghentik­an keretanya dan berundur ke atas sebuah bukit sebelum beliau melakukan serangan ke atas penunjuk perasaan yang bernyanyi dan bergembira selepas pegawai bandar raya mengarahka­n golongan haluan kanan untuk meninggalk­an tempat itu. — AFP

 ??  ?? FIELDS ketika menghadiri perhimpuna­n ‘Unite the Right’ di Emancipati­on Park sebelum ditangkap oleh polis dan didakwa dengan pembunuhan darjah pertama, tiga tuduhan melakukan kecederaan dengan niat jahat, dan satu tuduhan langgar lari di Charlottes­ville, Virginia, AS pada 12 Ogos 2017. — Gambar Reuters
FIELDS ketika menghadiri perhimpuna­n ‘Unite the Right’ di Emancipati­on Park sebelum ditangkap oleh polis dan didakwa dengan pembunuhan darjah pertama, tiga tuduhan melakukan kecederaan dengan niat jahat, dan satu tuduhan langgar lari di Charlottes­ville, Virginia, AS pada 12 Ogos 2017. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia