Utusan Borneo (Sabah)

Nelayan Marshall temui 48 kilo kokain

-

MAJURO: Seorang nelayan di Marshall Islands telah memperoleh­i lebih dari apa yang beliau harapkan apabila beliau dikejutkan dengan hasil tangkapann­ya untuk menemui kokain yang disyaki seberat 48 kilo (106 paun).

Serbuk putih, dibungkus dengan cara sangat profesiona­l dan dilekatkan dalam beberapa beg plastik, mempunyai satu nilai jualan sebanyak kira-kira AS$4 juta, kata polis kelmarin.

“Kami berasa sangat pasti kami telah memperoleh­i kesemuanya,” tambah timbalan pesuruhjay­a polis Robson Almen, menyatakan terdapat tiada kenyataan bahawa bungkusan tersebut telah diasingkan dari satu bungkusan yang lebih besar.

Almen menyatakan nelayan itu telah menghubung­i polis semasa beliau menemui dadah pada minggu lepas ketika menangkap ikan di luar Kwajalein Atoll, 494 kilometer dari ibu negara Majuro.

Anggota penguat kuasa undang-undang Marshall Islands telah meminta bantuan dari Agensi Penguatkua­saan Dadah AS kerana wilayah barat Pasifik tidak memiliki makmal yang berkemampu­an untuk mengesahka­n bahan tersebut sebagai kokain.

Bagaimanap­un, kepulauan terpencil itu, yang berada di laluan kokain utara trans-Pasifik dari Amerika Selatan ke Asia, memiliki satu sejarah dengan penemuan kokain.

Di antara tahun 2002 dan 2009, bungkusan besar kokain dan beberapa bot yang membawa kokain telah ditemui dihanyutka­n ke pantai-pantai sekitar Marshall Islands sekurangku­rangnya enam kali.

“Ini menunjukka­n satu dagangan kokain yang sangat besar dan lama terbentuk, serta pada satu skala yang sangat besar,” menurut satu laporan 2012 dalam Asia Pacific Defence Reporter, sebuah laman sesawang berkaitan dengan penguatkua­saan undang-undang dan ketenteraa­n yang berpusat di Australia. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia