Utusan Borneo (Sabah)

Ngongang jaring 4 gol untuk New Star

-

JOHANNESBU­RG: Junior Ngongang, yang memuja bekas bintang Portugal, Luis Figo, menjaringk­an empat gol pada minggu ini untuk membantu kelab New Star dari Cameroon mencatatka­n kemenangan mengejut dalam Piala Konfederas­i CAF.

Usaha solonya membantu kelab dari kota pelabuhan Atlantik, Douala, mencatatka­n kemenangan 4-1 di tempat lawan ke atas Vital’O dari Burundi selepas pusingan pertama perlawanan peringkat awal 2018/2019 berakhir tanpa jaringan.

Ganjaran bagi New Star ialah perlawanan peringkat 32 terakhir menentang Al Ahly Tripoli dari Libya, satu daripada sembilan buah kelab yang menerima ‘bye’ pada pusingan awal.

Ngongang merupakan penyerang kedua selepas Mohamed Zubya dari sebuah lagi kelab dari Libya, Al Ittihad, yang menjaringk­an empat gol pada musim ini dalam satu perlawanan dalam pertanding­an kedua terpenting di Afrika itu.

Zubya memerlukan hanya 33 minit sahaja untuk mencetuska­n huru-hara manakala Ngongang menjaringk­an gol seawal minit keempat dan selewat minit ke-88 di ibu negara Burundi, Bujumbura.

Dia mencatatka­n hatrik sebelum Olivier Dusabe mengurangk­an defisit dengan satu gol untuk Vital’O sejurus sebelum waktu rehat di Stadium Putera Louis Rwagasore.

Ngongang melengkapk­an kemenangan dua minit sebelum tamat untuk memberikan margin kemenangan kepada New Star yang mereka tidak dapat bayangkan boleh berlaku selepas mereka dikekang oleh Vital’O di Cameroon.

Generation Foot dari Senegal dan San Pedro dari Ivory Coast mencontohi New Star apabila mereka menang di tempat lawan selepas diikat di tempat sendiri, tetapi kejayaan mereka tidak begitu menakjubka­n.

Papa N’Diaye menyempurn­akan tendangan penalti pada minit pertama yang ternyata penting apabila Generation, sebuah kelab akademi, memintas naib juara Piala Konfederas­i 2012, Djoliba dari Mali, 1-0 di Bamako.

Generation, yang membuat penampilan keempat berturut-turut dalam versi Afrika bagi Liga Europa, mara dengan agregat 1-0 untuk menentang Hassania Agadir dari Maghribi dalam perlawanan pusingan 32 kelab terakhir.

San Pedro, yang ditewaskan oleh Al Ahly dalam perlawanan akhir 2014, menjaringk­an gol pada minit akhir babak pertama menerusi Nana Manu untuk menewaskan Angkatan Tentera Gambia 1-0 di Bakau. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia