Utusan Borneo (Sabah)

Peter terajui SAFA

Terima tanggungja­wab besar demi bola sepak Sabah

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KENINGAU: Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur, Datuk Peter Anthony bakal menerajui Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA).

Peter yang juga Presiden Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia akan mengisi jawatan yang dikosongka­n oleh presiden terdahulu, Alijus Sipil baru- baru ini.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Peter ketika berucap sempena pelancaran Liga Bola Sepak Kadazan Dusun Murut Malaysia (KDMM) 2018-2019 di Kompleks Sukan Keningau, di sini, pada Sabtu.

Ditemui selepas itu, beliau berkata, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah memberi kepercayaa­n kepadanya untuk mengambila­lih SAFA walaupun sebelum ini beliau merasakan tugas yang diberikan itu sesuatu yang berat.

“Memang sebelum ini selepas Alijus meletak jawatan, ada beberapa calon dinamakan termasuk saya dan sebelum ini saya tidak nafikan ia satu tanggungja­wab besar, namun saya menerimany­a demi bola sepak negeri Sabah.

“Kita akan bertindak secepat mungkin termasuk melihat perlembaga­anperlemba­gaan yang terkandung dalam SAFA serta Pesuruhjay­a Sukan dan sekiranya ia berjalan lancar, kita akan membentuk jawatankua­sa yang baharu dengan segera,” katanya.

Peter berkata, antara tanggungja­wab yang perlu dilaksanak­an dengan segera ialah menyelesai­kan gaji para pemain yang tertunggak kira-

“Memang sebelum ini selepas Alijus meletak jawatan, ada beberapa calon dinamakan termasuk saya dan sebelum ini saya tidak nafikan ia satu tanggungja­wab besar, namun saya ” menerimany­a demi bola sepak negeri Sabah. DATUK PETER ANTHONY Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur

merasmikan Liga Bola Sepak KDMM 2018-2019 di Stadium Keningau pada Sabtu. Turt bersama adalah pengerusi penganjur bersama Henry Saimpon dan jawatankua­sa penganjur.

kira lima bulan dan beberapa hutang lain.

“Saya difahamkan jumlah hutang keseluruha­n termasuk gaji dan lain-lain adalah kirakira RM6 juta dan ini kita perlu selesaikan segera kerana para pemain juga perlukan duit untuk kehidupan seharian mereka... saya yakin ianya akan diselesaik­an sebelum perayaan Krismas ini,” katanya.

Ketika ditanya mengenai persiapan pasukan utama Sabah bagi menghadapi Liga Malaysia, musim depan, Peter berkata ianya juga menjadi agenda utamanya untuk diselesaik­an.

“Kita akan putuskan secepat mungkin termasuk kedudukan Jelius Ating sebagai ketua jurulatih, memang kita telah terlambat tetapi kita akan lakukan segala yang terbaik untuk mengatasin­ya supaya kita menjadi antara pencabar musim depan,” katanya.

 ??  ?? PETER
PETER
 ??  ?? MANDZUKIC menjaringk­an gol kemenangan Juventus menewaskan Inter Milan. - Gambar Reuters
MANDZUKIC menjaringk­an gol kemenangan Juventus menewaskan Inter Milan. - Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia