Utusan Borneo (Sabah)

Galeri Nasional Singapura Pusat Seni Asia Tenggara

- DR BAHARUDDIN MOHD ARUS

PERJALANAN penulis ke Singapura membuka peluang untuk melawat Galeri Seni Nasional Singapura atau National Gallery of Singapore yang terletak di kawasan terpenting di Bandar metropolit­an ini iaitu North Bridge Road lokasinya betul betul di pusat bandar raya.

Galeri yang juga terdiri dari dua institusi yang terkenal di Singapura ia itu bangunan Dewan Bandar Raya dan bangunan Mahkamah Tinggi yang sudah di transforma­si menjadi galeri negara yang tersergam.

Sesampainy­a kami di bangunan galeri yang mempunyai ruang yang sangat besar serta peralatan canggih yang sangat sesuai sebagai sebuah galeri yang disegani di Asia Tenggara. Segala kemudahan yang disediakan sangat membantu pelancong serta pelawat ke galeri tersebut. Bermula dari pintu masuk melawat pameran sehingga meninggalk­an pameran perkhidmat­an yang terdapat di galeri tersebut memudahkan khalayak.

Usaha kerajaan Singapura untuk menjadikan pulau tersebut sebagai hub of art in Asia sememangny­a sangat menepati janji mereka. Setiap karya yang terbaik telah di perolehi mereka melalui pembelian serta koleksi.

Didalam pameran seni lukis Asia Tenggara Galeri Nasional Singapura mempunyai koleksi terbesar yang tidak boleh di tandingi oleh galeri nasional negara lain. Apa yang di saksikan oleh penulis dalam pameran tersebut setiap tokoh pelukis setiap negara di miliki oleh mereka.

TEMBIKAR oleh Jarkasi.

Karya Latiff Mohidin,dan Ibrahim Hussin di pamerkan di ruang utama dewan bersama karya tokoh Indonesia Raden Salleh, dan juga pelukis Phillipina Ocampo.

Semasa melawat ke Gelari Nasional Singapura tempoh hari penulis mendapati terdapat lebih 10 pameran yang diadakan serentak dalam 10 galeri berbeza. Pameran yang di adakan mengikut kronologi serta tema tradisi dan kontempora­ri.

Galeri yang pertama mempamerka­n karya retrospekt­if pelukis catan air terkenal Singapura iaitu Lim Cheng Hoe yang mula melukis sejak tahun 1930 sehingga 1970an. Terdapat lebih kurang 60 buah karya berbagai genre lakaran, lukisan, dan catan air Lim Cheng Hoe yang kebanyakan­nya merakamkan kehidupan di Singapura sebelum merdeka.Karya beliau seperti landskap pemandanga­n Singapura semasa belum mempunyai bangunan moden. Portrait tokoh masyarakat, kampung melayu, pemandagan pelabuhan Singapura dan sebagainya. Lim Cheng Hoe adalah tokoh yang menubuhkan persatuan catan air Singapura pada tahun 1969.

Beliau boleh di katakan pelukis yang tidak mempunyai pendidikan formal dalam seni lukis, selain dari mendapat bimbingan secara sukarela oleh seorang nazir sekolah Richard Walker semasa menuntut di Raffles Institutio­n Singapura. Seterusnya beliau belajar sendiri melalui buku dan majalah.Catan beliau yang kebanyakan­nya di lukis secara plein air atau kaedah melukis secara diluar studio terutama sekali di hadapan dimana terletakny­a lokasi pemandanga­n tersebut bagi menangkap rasa dan suasana.

Lim Cheng Hoe melukis dengan pendekatan teknik basah atas basah sangat mengujakan khalayak kerana kebanyakan karya beliau secara spontan dan banyak menekankan kesan abstrak.

Diruang galeri kedua pula terdapat pameran yang bertemakan ‘Siapa Nama Kamu’ tajuk tersebut berkisar bagaiman karya seni visual di Singapura berkembang dan memainkan peranannya dalam membina negara maju.

Terdapat lebih kurang 400 karya yang di pamerkan dalam ruang galeri DBS. Karya yang terdapat dalam pameran ini adalah oleh tokoh pelukis lama seperti Liu Kang pelukis perintis Singapura. Pameran tersebut di tempatkan dalam sebuah galeri khas. Begitu jugalah dengan setiap pameran yang mempamerka­n seperti Pameran pelukis perintis Georgette Chen, Chua Mia Tee,Tang Da Wu di peruntukka­n dengan setiap ruang khas yang terletak di dalam galeri.

Disamping itu terdapat juga pameran khas yang menjadi tumpuan utama umpamanya pameran Minimalism Space, and Light, Minimalism, Ruang dan Cahaya yang terdiri dari karya oleh tokoh utama dunia dalam aliran tersebut seperti pelukis Republic China Ai Wei Wei, Robert Morris, Mona Hatoum, Anish Kaapor, dan ramai lagi. Minimalism adalah aliran seni visual yang menjelma pada tahun 1960 yang di pengaruhi oleh elemen Zen Buddha Jepun di mana karya seni mempunyai kaitan serta pengaruh di ruang sekitar. Kali ini galeri Singapura berjaya membawa pameran yang julung kalinya di adakan di Asia Tenggara secara besar besaran.

PEMINAT seni dari kalangan pelajar sekolah.

Jelas sekali bahawa matlamat untuk mengangkat karya seni sebagai tarikan pelancong di samping menanamkan semangat patriotik berjaya di lakukan oleh Galeri Nasional Singapura dengan jayanya bukan sahaja ruang pameran di penuhi oleh pelawat antarabang­sa bahkan rakyat tempatan juga memenuhi setiap ruang galeri tanpa henti menyahut seruan kerajaan mereka mengimarah­kan seni sebagai sebahagian kehidupan modern.

***PENULIS merupakan Pensyarah Seni Visual, Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).***

 ??  ?? LIM Cheng Hoe. Pagi Berkabus di Sg. Singapura. 1963
LIM Cheng Hoe. Pagi Berkabus di Sg. Singapura. 1963
 ??  ?? LIM Cheng Hoe . Kampung Melayu. Catan air . 1957
LIM Cheng Hoe . Kampung Melayu. Catan air . 1957
 ??  ?? KARYA yang merakamkan proses pembanguna­n Singapura.
KARYA yang merakamkan proses pembanguna­n Singapura.
 ??  ?? PENULIS dan poster pameran.
PENULIS dan poster pameran.
 ??  ?? ARCA Batu Brother Mc Nally.
ARCA Batu Brother Mc Nally.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia