MASwings henti 8 laluan domestik Sabah, S’wak 1 Jan

Keputusan menarik balik perkhidmatan laluan itu diputuskan kerajaan Malaysia sebagai sebahagian PSO dengan MOT

Utusan Borneo (Sabah) - - Sarawak -

KUCHING: MASwings akan menghentikan operasi lapan laluan domestik di Sabah dan Sarawak berkuat kuasa 1 Januari 2019.

Menurut kenyataan akhbarnya pada Jumaat, laluan yang terjejas ialah Kota Kinabalu-Sandakan-Kota Kinabalu, Kota KinabaluTawau-Kota Kinabalu, Kota Kinabalu-Miri-Kota Kinabalu, Kota KinabaluSibu-Kota Kinabalu.

Selain itu, Kota KinabaluBintulu-Kota Kinabalu, Kuching-Sibu-Kuching, Kuching-Bintulu-Kuching dan Kuching-MiriKuching.

Menurutnya, keputusan menarik balik perkhidmatan laluan tersebut telah diputuskan oleh kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Pengangkutan (MOT) sebagai sebahagian daripada Perjanjian Obligasi Perkhidmatan Awam (PSO) yang baharu dimeterai di antara MASwings dan MOT.

Laluan-laluan tersebut telah dikeluarkan oleh kerajaan menerusi Perjanjian PSO yang baharu kerana ia tidak lagi berada di bawah definisi PSO di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).

Bagaimanapun katanya, keputusan itu tidak akan mengganggu perkhidmatan udara ke destinasi berkenaan kerana terdapat syarikat penerbangan komersial lain yang beroperasi.

Pihak MASwings telah memaklumkan kepada para penumpang yang terjejas melalui e-mel, pesanan mesej ringkas SMS dan panggilan telefon dengan memberi pilihan untuk menukar tarikh perjalanan mereka ke tarikh yang lebih awal, tertakluk kepada kekosongan tempat duduk atau untuk dibayar balik sepenuhnya.

Untuk pertanyaan lanjut, pelanggan boleh menghubungi Pusat Panggilan 24 jam Malaysia Airlines menerusi 1300 88 3000 (dalam Malaysia) dan +6 03 7843 3000 (di luar Malaysia) atau ejen pelancongan masing-masing atau melawat pejabat tiket Malaysia Airlines/ MASwings.

MOHD Dzuraidi semasa ditemui media di Kuching pada Jumaat. - Gambar Chimon Upon

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.