Utusan Borneo (Sabah)

Simposium TVET 2019 platform bangun bakat, ekonomi digital

-

KUCHING: Simposium TVET 2019 akan diadakan di Hotel Pullman dari 19 hingga 21 Februari tahun depan sebagai platform ideal untuk memudahkan pembanguna­n bakat dalam ekonomi digital.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, program itumerupak­ananjuranb­ersama Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Sarawak (MESTR) dan Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak (PPKS).

Simposium itu dijangka dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Pengarah Eksekutif PPKS Hallman Sabri berkata, simposium itu akan menampilka­n beberapa penceramah ternama dari Malaysia dan luar negara.

Seramai 500 perwakilan dijangka menghadiri simposium berkenaan.

“Ia akan menjadi platform yang ideal untuk pihak berkepenti­ngan yang terdiri daripada kerajaan, industri dan para akademik untuk meneroka cara-cara membangunk­an bakat sedia ada untuk ekonomi digital.

“Dengan kewujudan Industri 4.0 dan ekonomi digital, terdapat keperluan mendesak untuk membincang­kan pelbagai wacana dan pada masa yang sama, berkongsi amalan terbaik dalam bidan TVET.

“Ini termasuk dalam Pembanguna­nStrategik­Modal Insan, dan bagaimana TVET mesti berkembang dalam usaha untuk menghasilk­an graduan akan datang,” katanya.

Peserta perlu membayar yuran persidanga­n sebanyak RM1,200 bagi setiap perwakilan yang boleh dituntut semula menerusi HRDF Claimable. Untuk pendaftara­n berkumpula­n (minimum lima perwakilan), yuran yang dikenakan adalah RM 1,000 bagi setiap perwakilan. Maklumat lanjut boleh diperolehi dari laman web simposium tvet2019.ppks. edu.my. Pertanyaan boleh dihantar ke sekretaria­t simposium di 0112-9929916 (untuk keduadua mesej WhatsApp aau panggilan telefon) juga melalui e-mel tvet2019@ppks.edu. my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia