Utusan Borneo (Sabah)

PGB dianggap lebih memberi bebanan kepada peminjam

-

KUCHING: Kaedah bayaran balikpinja­mansecarap­rogresif atau potongan gaji berjadual (PGB) oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dianggap lebih memberi bebanan kepada peminjam.

Apatah lagi jika pendekatan digunakan itu melibatkan para peminjam yang telah menjadi pembayar balik tetap selama ini.

Bagi seorang bekas peminjam, Mohacmmed Ghaddafie Zamani, PGB amat membebanka­n kerana didapati turut ‘menghukum’ para peminjam yang kini telah menjadi pembayar balik tetap.

Katanya yang telah menyelesai­kan hutang PTPTN sejak 10 tahun lepas, adarakan-rakanlainm­engeluh kerana mereka merupakan pembayar PTPTN yang telah membuat potongan bank secara bulanan seperti dipersetuj­ui dalam kontrak perjanjian.

“Namun, PGB ini amat membebanka­n kerana didapati turut ‘menghukum’ para peminjam yang kini telah menjadi pembayar balik tetap.

“Ini disebabkan oleh kuantum pembayaran mengikut pendapatan bulanan, menjadikan bayaran bulanan meningkat kepada dua atau tiga kali ganda,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, pada Jumaat.

Tambah Ghaddafie, 34, pekerja swasta, ia amat dikesali kerana mereka telah menjadi pembayar balik tetap dan berasa terbeban kerana rata-rata sudah mempunyai komitmen kewangan lain.

Sebagai contoh katanya, pembayaran berdasarka­n kuantum iaitu sebanyak 15 peratus untuk gaji RM7,000 ke atas juga akan melibatkan pembayaran melebihi RM1,000 sebulan dan ia tidak adil sekiranya mereka adalah pembayar balik pinjaman yang baik selama ini.

Mengenai bagi peminjam yang gajinya di bawah RM2,000 tiada potongan dikenakan, Ghaddafie berkata, walaupun seseorang berpendapa­tan kurang daripada RM2,000 sebulan, pembayaran minimum boleh dimulakan.

“Ia untuk memupuk rasa tanggungja­wab membayar balik pinjaman yang telah dibuat dan kesinambun­gan untuk pelajar dan peminjam baharu.

“Saya berpendapa­t bahawa RM40 sebulan bagi mereka yang gajinya RM2,000 adalah jumlah yang munasabah untuk memulakan pembayaran balik.

“Mungkin segelintir peminjam akan merungut, namun pembayaran balik berjumlah minimum RM40 bagi saya munasabah,” katanya.

Selain itu katanya, secara keseluruha­n, pihak PTPTN seharusnya menuruti perjanjian secara Ujrah yang telah dimeterai dengan peminjam.

Tambahnya lagi, para peminjamya­ngtelahmem­buat pembayaran balik secara bulanan seharusnya dihargai tanpa memaksa mereka membuat potongan yang lebih besar secara mandatori, yang dilihat tidak adil dan menghukum peminjam yang baik.

Semalam, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik memaklumka­n bahawa mekanisme pembayaran baharu PTPTN itu ditangguh sementara waktu.

“Keputusan ini mengambil kira keperluan untuk diadakan sesi libat urus dengan pelbagai pemegang taruh bagi mendengar pandangan dan saranan mereka,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook.

Pada Rabu lepas, Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berkata, agensi berkenaan akan melaksanak­an kaedah PGB mengikut peratusan potongan daripada gaji peminjam bermula Januari 2019.

 ??  ?? GHADDAFIE
GHADDAFIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia