Utusan Borneo (Sabah)

Pengurusan baik, disiplin peminjam faktor AIM Wilayah Utara bebas tunggakan

-

BINTULU: Pengurusan yang baik dalam enam blok Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Bintulu termasuk disiplin peminjam yang membayar secara konsisten dan tepat pada masanya antara faktor AIM di Wilayah Utara Sarawak dan cawangan-cawanganny­a diiktiraf sebagai ‘Zero Par’ iaitu bebas tunggakan pinjaman.

Pengurus AIM Wilayah Utara Sarawak Suharno Ali berkata, ini bermaksud cawangan-cawangan di utara Sarawak dan sahabat-sahabat yang ada merupakan ahli yang cukup baik dan cemerlang membayar balik pinjaman kepada AIM.

“Ini adalah satu rekod yang amat membanggak­an, namun untuk berada di puncak kecemerlan­gan itu bukan mudah dan cabarannya cukup tinggi.

“Dan, hasil usaha bersama semua pihak khususnya Kelab Wanita Ikhtiar Bintulu (KWIB) termasuk seluruh cawangan di utara Sarawak, maka mereka mampu mencapai prestasi yang cukup baik tersebut,” ujarnya pada Malam Penganuger­ahan Kecemerlan­gan Sahabat anjuran KWIB yang dirasmikan oleh Pegawai Khas Azman Abdul Rahman mewakili Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing di sini, malam Khamis.

Suharno berkata, faktor itu dipengaruh­i oleh pengurusan yang baik di setiap enam blok AIM Cawangan Bintulu termasuk disiplin peminjam yang membayar secara konsisten.

“Kedua–dua elemen ini adalah penyokong utama dalam mencapai prestasi itu. Tapisan awal daripada kedua– dua pihak iaitu KWIB dan Lembaga Perwakilan Sahabat memastikan modal diberikan kepada yang layak adalah mereka yang mempunyai projek terbaik,” jelasnya.

Beliau berkata, ramai di kalangan wanita dibantu melalui AIM untuk meningkatk­an taraf hidup mereka dengan menjalanka­n perniagaan.

Tambahnya, Sarawak ada tiga wilayah terdiri daripada 17 cawangan dengan wilayah utara Sarawak merangkumi Bintulu, Niah, Miri, Limbang dan Lawas dengan keseluruha­n cawangan sahabat yang aktif ialah 8,200 orang.

Sementara itu, Pengerusi KWIB Rabiah Kamri berkata, bantuan pinjaman daripada AIM memudahkan ahli-ahli menjalanka­n perniagaan kecilkecil­an untuk meningkat taraf hidup keluarga antaranya menerusi penjualan produk belacan, kerepek, roti dan sebagainya.

 ??  ?? AZMAN, Suharno (tiga dan empat kanan), Rabiah (kiri) bersama pengurus-pengurus cawangan AIM memegang bebola pelancaran rasmi Malam Penganuger­ahan Kecemerlan­gan Sahabat AIM di Bintulu, pada Khamis.
AZMAN, Suharno (tiga dan empat kanan), Rabiah (kiri) bersama pengurus-pengurus cawangan AIM memegang bebola pelancaran rasmi Malam Penganuger­ahan Kecemerlan­gan Sahabat AIM di Bintulu, pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia