Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat perlu kikis stigma terhadap bekas banduan

-

KOTA SAMARAHAN: Stigma masyarakat bahawa golongan bekas banduan tidak perlu dibantu dan sikap meminggirk­an mereka perlu dikikis.

Perkaraitu­ditegaskan­Pengarah ParoldanPe­rkhidmatan­Komuniti Jabatan Penjara Malaysia (JPM) Komisioner Penjara Ibrisam Abd Rahman pada program Temu Seru JPM Parol dan Perkhidmat­an Komuniti Sarawak di Sekolah Kebangsaan (Agama) Ibnu Khaldun di sini, semalam.

“Kita perlu sedar bahawa pesalah-pesalah ini apabila tamat tempoh hukuman pemenjaraa­n akan kembali semula ke dalam masyarakat.

“Dengan memberi peluang kedua kepada bekas banduan terutamany­a Orang Diparol, kita amat berharap usaha ini akan dapat membantu mereka kembali berintegra­si dan berfungsi dengan baik dalam masyarakat seterusnya menyumbang kepada kesejahter­aan masyarakat umumnya,” ujarnya.

Beliau menegaskan, jika masyarakat terus memulaukan golongan tersebut, potensi untuk mereka kembali mengulangi kesalahan adalah tinggi.

“Jadi, marilah kita memberi sokongan kepada mereka (bekas banduan) agar mereka tidak lagi mengulangi kesalahan yang pernah mereka lakukan dahulu,” tambah Ibrisam.

Sehubungan­itu,beliaumeny­eru masyarakat agar mengambil peluang dalam memahami peranan dan tanggungja­wab memberi sumbangan untuk menjayakan sistem parol.

Mengulas tentang sistem itu, Ibrisam menjelaska­n, ia adalah usaha yang diambil untuk mengurangk­an kadar residivis iaitu kemasukan semula pesalah ke dalam penjara melalui proses mengkomuni­tikan Orang Diparol secara terkawal.

“Terkini, JPM membangunk­an Program Kolaborati­f Pintar antara jabatan dan agensi, badan berkanun, swasta dan pertubuhan bagi menawarkan latihan kemahiran kepada Orang Diparol.

“Dengan adanya peluang sebegini, diharap Orang Diparol dapat membangunk­an diri supaya mereka berkemahir­an, sekali gus dapat mengubah ekonomi diri dan keluarga menjadi lebih baik,” ujarnya.

Terdahulu, Pengarah JPM Sarawak Ajidin Salleh berkata, sistem parol dilaksanak­an sejak 2008 dan sehingga kini, seramai 1,008 banduan dilepaskan untuk menjalani perintah parol sepanjang tempoh tersebut di negeri ini.

Jelasnya, berdasarka­n statistik itu, hanya segelintir iaitu kurang daripada tiga peratus banduan Orang Diparol melanggar perintah parol.

 ??  ??
 ??  ?? IBRISAM ditemani Ajidin (kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada wakil jabatan dan agensi terlibat.
IBRISAM ditemani Ajidin (kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada wakil jabatan dan agensi terlibat.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia