Dipenjara dua minggu gara-gara curi perencah masakan

Utusan Borneo (Sabah) - - Iklaneka -

MIRI: Gara-gara mencuri enam peket perencah masakan, seorang nelayan dijatuhi hukuman penjara dua minggu oleh Mahkamah Majistret.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Kasyfurrahman Abang Ali setelah meneliti beberapa faktor termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukannya serta mengambil kira kepentingan awam.

Lipa Digun, 53, dari Bintulu telah didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yangbolehmembawahukuman penjara 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduhdidapatitelahmencuri enam peket perencah masakan jenama A1 Bak Kut Teh milik sebuah kedai ubat.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 1.43 petang, 25 November lalu di sebuah kedai ubat yang terletak di dalam sebuah kompleks beli-belah di Jalan Miri-Pujut di sini.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong di hadapan Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad.

Sementara itu di mahkamah berasingan, tertuduh turut dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan denda RM1,500 atau empat minggu penjara kerana kesalahan mencuri satu unit telefon bimbit kepunyaan seorang wanita.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh didapati telah mencuri satu unit telefon bimbit kepunyaan Rohaizah Bakal, 20.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 6 petang, 23 Ogos lalu di sebuah hotel bajet di sini.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.