Utusan Borneo (Sabah)

AirAsia tawar promosi ulang tahun khas

-

SEPANG: AirAsia mengukuhka­n komitmenny­a sebagai syarikat penerbanga­n rakyat bagi tahun ke-17 dengan menawarkan promosi ulang tahun khas untuk menghubung­kan rakyat di sekitar rantau ini dengan lebih dekat.

Untuk meraikan ulang tahun ini, AirAsia menawarkan tambang daripada hanya RM17 sehala dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu, Kuantan, Langkawi, Miri, Pulau Pinang, Kuala Terengganu dan banyak lagi.

Tambang istimewa ini tersedia di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia bermula sekarang hingga 9 Disember 2018 untuk tempoh perjalanan antara 6 Mei 2019 dan 4 Februari 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, sejak 17 tahun yang lalu, pihaknya berjaya merapatkan jurang ASEAN dan Asia.

“Kami juga telah membuka peluang kepada ramai orang untuk terbang buat kali pertama, membawa keluarga lebih dekat bersama, dan mencipta peluang perniagaan baharu semuanya melalui tambang rendah,” katanya.

Tambahnya lagi, dengan usia yang menjangkau dua dekad, AirAsia akan terus berusaha untuk menawarkan tambang rendah kepada semua.

“Terutamany­a kepada para tetamu yang menjadi inspirasi kepada saya dan seramai 22,000 orang Allstar untuk terus memberikan perkhidmat­an terbaik setiap hari. Terima kasih,” katanya.

AirAsia telah berkembang pesat sejak ia ditubuhkan pada tahun 2001, menjadi salah satu kumpulan syarikat penerbanga­n terbesar di dunia dengan menerbangk­an lebih setengah bilion tetamu ke lebih 130 destinasi di seluruh Asia Pasifik, bersama syarikat penerbanga­n tambang rendah jarak jauhnya AirAsia X.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia