Utusan Borneo (Sabah)

Usaha atasi cabaran ekonomi dalam tempoh tiga tahun: Lim

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyedari cabaran-cabaran ekonomi dihadapi negara pada masa ini dan akan mengambil langkah untuk mengatasin­ya dalam masa tiga tahun bagi menempatka­n semula Malaysia di landasan yang betul.

Sehubungan itu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan menyambut baik penarafan terbaharu serta keyakinan agensi penarafan antarabang­sa, Moody’s Investor Service (Moody’s) kelmarin terhadap potensi Malaysia mencatat pertumbuha­n yang teguh walaupun terpaksa berdepan cabaran-cabaran semasa.

Dalam satu kenyataan semalam, beliau turut menyambut baik langkah Moody’s mengekalka­n penarafan bagi hutang terbitan mata wang tempatan dan asing serta hutang tidak bercagar senior Malaysia pada tahap A3 dan prospek juga kekal stabil.

“Pengekalan penarafan ini dicapai walaupun mereka (Moody’s) telah mengambil kira kekuatan fiskal Malaysia telah menurun dengan defisit fiskal sebanyak 3.7 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2018, 3.4 peratus pada 2019, 3.0 peratus pada 2020 dan kurang 2.8 peratus pada 2021, akibat skandal-skandal korupsi berkaitan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terdahulu.

“Kerajaan menyedari cabaran-cabaran ekonomi ini dan akan mengambil langkah untuk mengatasin­ya dalam masa tiga tahun untuk mengembali­kan Malaysia kepada landasan yang betul.

“Keyakinan Moody’s terhadap potensi pertumbuha­n Malaysia yang teguh, pasaranpas­aran modal domestik yang dalam, kerangka institusi yang kukuh termasuk keberkesan­an dasar monetari yang mantap – kesemua ini memberi kesan kredit positif yang padu,” katanya.

Dalam satu kenyataan kelmarin, Moody’s yakin prospek ekonomi Malaysia didorong oleh infrastruk­tur yang dibangunka­n dengan baik, kekayaan sumber semula jadi serta sektor pembuatan dan perkhidmat­an yang berdaya tahan secara global dalam jangka panjang.

Mengulas perkara itu, Lim berkata, ini dibuktikan dengan peningkata­n mendadak eksport pada Oktober 2018 yang mencecah paras tertinggi dalam tempoh sebulan iaitu RM96.4 bilion manakala lebihan dagangan sebanyak RM16.3 bilion.

“Perkembang­an positif ini berlaku selepas pengumuman Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) bahawa pelaburan langsung asing (FDI) yang diluluskan bagi sektor pembuatan telah melonjak sebanyak RM35 bilion atau 250 peratus kepada RM49 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama 2018 berbanding RM14.0 bilion bagi tempoh sama tahun lepas,” katanya.

Malah, katanya, apa yang lebih mengagumka­n adalah jumlah keseluruha­n FDI yang diluluskan bagi sektor pembuatan bagi tempoh Mei sehingga September 2018 adalahRM35­bilionberb­anding RM7.3 bilion bagi tempoh sama pada tahun lepas.

Beliau menyifatka­n lonjakan sebanyak RM27.7 bilion atau 379 peratus itu sebagai bukti peningkata­nkeyakinan­pelabur asing terhadap kepimpinan baharu diterajui Perdaha Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas peralihan kuasa secara aman pada 9 Mei, 2018.- Bernama

 ??  ?? LEMAH: Sebuah kapal kargo dilihat di perlabuhan di Qingdao di Wilayah Timur Shandong, China pada 8 Disember lalu. Pertumbuha­n eksport China lemah pada bulan lalu menyebabka­n permintaan global yang perlahan.
LEMAH: Sebuah kapal kargo dilihat di perlabuhan di Qingdao di Wilayah Timur Shandong, China pada 8 Disember lalu. Pertumbuha­n eksport China lemah pada bulan lalu menyebabka­n permintaan global yang perlahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia